Welcome

Friday, 8 April 2016

Adik Angkat




Assalamualaikum…

Tergerak hati untuk menaip entri ini dibawah tajuk yang bagi saya, “agak menarik”. Atau pelik? Mesti macam-macam persoalan yang timbul dalam kepala pembaca budiman sekalian.

Sebenarnya, sejak aku melangkah keluar dari alam persekolahan, sudah lama tidak dengar isu ini.
But baru-baru ini, ada sorang dua junior yang mengadu tentang, “si A ni ambil si B ni jadi adik angkat”. MML dengan cara MML (abang mengambil adik lelaki sebagai adik angkat) dan BSM dengan car BSM sendiri (abang/kakak mengambil adik muslimin/muslimat sebagai adik angkat).
Aku tidak rolled my eyes atau geleng2 macam biasa (hehe kejam sangat kot).

Why?

Because I’ve been through. Aku faham jiwa-jiwa ini. Aku faham jiwa pelajar sekolah menengah (agama atau tidak). Aku faham jiwa pelajar sekolah lelaki sahaja. So aku nak coretkan juga, just nak sharing something.
Tapi fenomena angkat mengangkat ini terlalu sinonim dan berleluasa dengan kehidupan pelajar dan remaja sekolah menengah.

Aku tidak menafikan fitrah kasih sayang itu sendiri.

In this world, there are many good people. 
Some are even willing to spread their loves around.
Some only wish to share with their closed or special ones.
Some only do so to see a smile on the faces of others.

Loving is not a crime. It is how we handle it.
Menyayangi atau mencintai bukanlah satu jenayah. Tetapi bagaimana kita kendalikan perasaan sayang dan cinta itu.

Jadi timbul persoalan, bolehkah kita mengambil adik angkat ini?


Time Form 3 dulu (masa di SMU(A) Bustanus Saadah), aku bukanlah nak dikatakan “seorang abang” sangat. Nak kata aku tidak kisah langsung bab junior2 F2 dan F1 tak juga. Entahlah aku tidak tahu sebab apa. Maybe kebanyakkan masa aku dihabiskan bersama usrah 3K bersama murabbi kami Sir Wan Sayuti Bin Wan Husain yang merupakan guru dan abang naqib kami (sir tak kahwin lagi, hehe).
Bila F1 panggil aku “abe” pun tidak sedap aku dengar, terutama adik-adik junior Muslimat.
Bahaya kot. Nak cerita ke tak eh?

Hmm, just sebagai ibrah. Ada sorang muslimat ni, F1, junior, juga merupakan seorang Dhobitah yang memanggil aku dengan berlapikkan “Abe” so jadilah “Abe Hafeez.”

Well, siapa yang tak bergetar. Aku sendiri jadi gelabah. Haha, biasalah, jiwa pun tak matang. Tiba-tiba jadi minat pula dekat adik Muslimat ni sedangkan aku ni merupakan Exco Pengawas. Allah.
Pernah aku cuba dekati? Ya. Hinggakan aku suruh sorang pimpinan pengawas ni susun jadual jaga bahagian pagar belakang bersama si dia ni. Allah, jahilnya aku dulu.

Namun, alhamdulillah masih ada iman di dada ni.

Kalau junior lelaki pula, aku cuba juga rapat dengan sorang dua ni. Tapi, well, zaman di sekolah tu dulu memang tak mengizinkan aku untuk berbuat demikian, sebab kebanyakkan masa aku dihabiskan dengan tanggungjawab sebagai pimpinan pengawas, program, musabaqah yang berbagai (hampa boleh tengok entri-entri lama tahun 2012) dan bersama Usrah 3K aku. In the ned, aku lebih banyak marah diorang sebab nakal bagai.

Malas cerita panjang-panjang, Haha.

Cuma konklusinya aku setuju dengan pendapat yang aku petik dari 
blog http://ustaz ariff.blogspot.my/2012/02/soalan-pelajar-adik-angkat-berlainan ni.

Soalan :

Ustaz, apa hukum lelaki mengambil adik angkat perempuan?

Jawapan :
Pada pandangan Ustaz, hukumnya adalah haram dan ditegah sama sekali. Seseorang lelaki yang mengambil adik angkat perempuan sudah tentu mempunyai agenda lain di sebalik istilah "adik angkat" tersebut. Begitu juga perempuan yang mengambil adik angkat dari kalangan lelaki.

Jelas kepada kita Islam menggariskan batas-batas dalam hubungan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Seseorang lelaki dan perempuan di tegah berdua-duaan atau sering bertemu tanpa urusan yang mustahak atau dalam perkara-perkara yang dharurat.

Adapun seseorang yang mengambil adik angkat yang berlawanan jantina, hubungan "adik angkat" tersebut sudah tentu akan mendorong mereka selalu bertemu atau "berdating" dengan alasan mengambil berat atau bertanya hal-hal yang remeh temeh serta tidak meningkatkan keimanan. Dari pertemuan-pertemuan seperti ini, akan lahir pula perasaan rindu-rinduan yang mungkin akan membawa mereka lebih jauh lagi... Akhir Zaman...

Imam Al-Qurthubi menyatakan bahawa, suara wanita dikira aurat sekiranya berkata-kata dengan lelaki ajnabi tentang perkara-perkara yang sia-sia. Adapun perkara-perkara yang penting, ia tidak dikira aurat.

Seseorang lelaki adalah lebih utama mengambil adik angkat dari kalangan lelaki, begitu juga perempuan mengambil adik angkat dari kalangan perempuan.


Wallahu a'lam...

Matlamat tak halalkan cara ye adik-adik. Sama je dengan seorang kakak mengambil adik angkat lelaki. Tambahan lagi, antara adik beradik angkat yang berlainan jantina dan bukan mahram, ada kemungkinan besar akan menyebabkan kamu jatuh cinta atau menaikkan nafsu syahwat.
Syaitan kan? Mestilah dia akan cuba goda dan hasut kamu supaya mengikut bisikan liar itu. 

Bagi ana, sama je dengan “couple”. 

In the end, boleh membawa ke lembah zina dan kemaksiatan. Haram tetap haram. Tak payahlah nak menggatal sweet sana sweet sini atas alasan “adik beradik angkat.” Sweet-sweet di alam maya ke. Pegang sana sini, cubit situ, bertepuk tampar itu dan ini. Allah. Masih berdosa, sebab tidak ada pertalian darah, bukan mahram ya.


So,
Bagaimana pula dengan “seorang abang mengambil adik angkat lelaki” dan “seorang kakak mengambil adik angkat perempuan” ?

Jawapannya, tengoklah pada NIAT KITA.

Atas dasar apa kita ambil si dia sebagai adik angkat?
Saja-saja? Suka-suka? Nak belanja? Kongsi masalah? Luah perasaan? Nafsu songsang? (wa’iya’uzubillahi min zalik)

Atau…nak membimbing?

Suka ingin aku kongsikan.

Aku sendiri punyai adik angkat. Well, takdelah isytiharkan “Dia adik angkat aku!” Nope. Never. Bukan cara aku.

Di sekolah, aku memang dikenali sebagai senior yang rapat dengan adik-adik. Bukan nak berbangga, tapi memang jiwa aku begitu. Mungkin sebab aku tiada adik kandung kot.
Still, ada beberapa junior yang aku rapat. Hinggalah wujud “attachment.” Bahaya. Bila wujud attachment, serious susah nak lepas.

Ada 2 orang. Pertama adinda Abdul Habib bin Sabirin. Yang kedua, Muhammad Hafizul Hariz Bin Zainuddin.

Sebenarnya, malas nak sebut nama diorang ni. Tapi atas jalan dakwah aku menggerakkan pena, dan aku berbangga dengan kehadiran mereka dalam hidup aku.

Sayang sangat-sangat.
Bagaimana boleh bermula?

Aku ingin memulakan dengan adinda Hafizul (tentang Habib, mungkin di lain entri kot, dia tua setahun dari Hafizul).

Ya, nama dia sangat sinonim dengan nama aku.

Mohammad Hafeez Bin Zainal Abidin.
Muhammad Hafizul Hariz Bin Zainuddin.

Lebih kurang sangat-sangat.

Macam mana aku boleh kenal dia? Tahun 2014. Aku F5. Dia F1. MIFTAH. Minggu orientasi F1.
Dia seorang budak dari Sarawak. Merupakan anak sulung. Aku anak bongsu (nampak dah sini kan ahaks)
Time tu, aku merupakan seorang Exco Badan Dakwah di situ, dan juga penggerak minggu orientasi itu. Ya, aku kenal adik-adik melalui program itu, tapi bukannya lama sangat. Biasa-biasa je. 

Maklumlah agak sibuk dengan pelajaran juga.
Aku juga kerap ke asrama F1, walaupun aku pelajar luar, aku dianggap pelajar asrama oleh kebanyakkan orang. Maklumlah, di rumah adik beradik aku semua tiada, masing-masing belajar jauh-jauh.

Aku kenal Hafizul, sebab budak ini sangat unik. Fikrah dia tidak macam kawan-kawan dia yang lain. Budak ini, bagi aku, agak matang. Dia juga merupakan seorang pengawas yang terpilih dari kalangan Tingkatan 1. Tuannya bertubuh kecil dan kulit coklat gelap sikit. Macam abang dia, hehe. Pandai pun pandai, dapat no 1 dalam kelas dia.

Hafizul (F1) dan Hafeez (F5). Ada orang kata kami ni muka pun ada iras. Hiks.
Lensa 2014.


Biasanya budak-budak asrama akan tidur awal. Tapi budak ini tidak. Di saat sahabat-sahabatnya sudah rebah ke alam mimpi, dia suka study sorang-sorang, lewat malam. Memandangkan aku pula jenis tidur lewat, aku pun keraplah juga berbual-bual dengan dia.

Serious, agak selalu juga.

Tapi time tu, aku anggap dia macam kebanyakan junior lah. Aku ajar dia sikit-sikit, bagi nasihat, kongsi pengalaman dan macam-macam.

Bahkan, aku kadang-kadang ajak dia pergi tidur di masjid bersama-sama, dengan niat nak latih dia berqiamullail. Alhamdulillah, dia istiqamah time tu.

Hinggakan sampai satu tahap, aku dapati daripada kawan baik dia, yang budak ini ada tulis something berkaitan aku dalam buku catatannya.

Selidik-selidik, apa yang aku dapati, antaranya,

RINDU ABANG HAFEEZ

TAKMAW LEPASKAN ABANG HAFEEZ BALIK

Dan macam-macam lagi. Siapalah tak terharu bila ada orang letak tribute macam tu dengan nama kite.
Kawan dia juga ada bagitahu, yang dia pernah luahkan dekat kawan dia, "Sedap juga sebenarnya ada abang." (Maklumlah dia anak sulung).

Since then, kami jadi semakin rapat.

Tambahan lagi, aku mula akui dia “adik angkat” aku bila aku mula rapat dengan ummi abah dia. Tak sangka ada suatu ketika ummi dia sendiri contact aku untuk bertanya tentang dia (sekarang ni pun, alhamdulillah, masih berhubung, aku dan anggap keluarga angkat aku sendiri).

Ada tak orang kata dekat belakang? Ya, mesti ada.
Allah akan uji.
Hinggakan, aku jadi stress sampai aku beritahu dekat Naqib-naqib dia, “Pesan dekat adik-adik korang tu, jangan sindir Hafizul dengan nama ana.”

Biasalah budak-budak kan. Sampaikan satu tahap juga, Hafizul tiba-tiba jadi “cold” atau dingin dengan aku. Hinggalah kami bergaduh, salah faham dan macam-macam.
Pointnye ayat tadi, aku just nak kata yang Hafizul sendiri banyak mengajar aku erti mahabbah dalam bersama mad’u. Apa itu had thiqah, had ukhuwah antara kami.

Tapi memang bergaduh besar kot. Entahlah, sampai aku mengalir air mata memikirkan budak ini. Mungkin silap aku kot, agak mengongkong adik aku ini.

Selepas hamper 4 bulan kami tidak bertegur sapa (memang tak tegur, aku berkecil hati dengan tindakan dan kata-kata dia), akhirnya, (after a longggggg storyyy yang ana malas nak ceritaaa) Alhamdulillah, slow-slow, Allah rapatkan kami kembali. Adalah macam-macam yang berlaku.

Sampaikan sama-sama sambut birthday (dia lahir pada 27/9, da nana pula pada 21/9, dekat kan hehe), time ni, ada plot twisted, di mana aku merancang menyambut birthday dia bersama kawan-kawan dia dan sahabat-sahabat aku yang lain, sedangkan dalam masa yang sama, mereka juga buat plot bersama Hafizul untuk sambut birthday aku. In the end, dua-dua kena siram air tengah-tengah malam buta, sejuk bangatttt…haha…

Gambar-gambar di bawah berikut ialah semasa sambutan Hari Jadi Abe Hafeez dan Adik Hafizul. Hehe. Sama-sama kena simbah air.

Adik-adik F1, F3, dan sahabat-sahabat F5 dan F6.



Ini Danial Marhalim. Sahabat dunia akhirat, Sayang dia sangat-sangat. Bukan sahaja seorang sahabat yang sering support, dia juga seorang Ameer yang aku thiqah. 
Malu-malu pulak. Hahaks


Oh, sebelum tu juga, Hafizul ni juga join Silat Gayung di sekolah (abang dial ah Tarik..hehe). Ada satu masa, time kitorang masih tak bertegur, dia ada mengalami “accident” sikit masa latihan silat.
Time tulah aku mengambil keputusan untuk approach balik dia, sebab aku rasa bertanggungjawab.

Adik-adik Junior F1 Persatuan Seni Silat Gayong Warisan Malaysia Maahad Muhammadi Lelaki. Gambar semasa program mandi tapak 2014 bagi ahli baru,
Dari kiri: Irsyad, Luqman (best friend dia masa tu, ore kelate kato, sep kacik), Hafizul, belakang baju warna kuning tu Afif, F2, Abe Hafeez, dan Mujahid.


Time tu perasaan benci dah hilang. Sayang sudah datang balik. Alhamdulillah, hidayahNya.
Oh, baru ingat balik, sorry ya. Time aku approach dia, dia buat acuh tak acuh je jumpa aku. Ada something yang dia kata buat aku sedih, sangat-sangat, hingga aku menangis. Yes, like seriously. Haha, bukan aku manja atau apa-apa, kalau korang berada di tempat aku, korang akan terasa juga. Tapi dia masih seorang budak.

Beberapa hari, aku masih tidak berpuas hati, Aku tidak boleh mengalah dengan adik aku.

DENGAN MAD’U AKU.

Aku pergi ziarah rumah toknya di Pasir Puteh (time tu, Hafizul ambil MC sebulan tak silap). Time tu aku betul-betul dapat mengenali keluarganya, kebetulan ummi dan abah angkat aku juga ada di Pasir Puteh (diorang asal Kelantan, tapi stay di Sarawak, kerja di sana). Bersumberkan ummi, dapat juga jumpa rumah tok itu.

Time tu, budak tu malu-malu kucing nak jumpa. Atau dia masih tak puas hati dengan aku, entahlah, Tangannya masih berbalut, huhu. Tapi on that day, memang dia tak tegur aku langsung. Aku cuba tanya dia soalan, tapi dia macam malas layan. Aduhh. Time tu lahh.

Masa sambutan raya MML 2014 pula, teratak 5 Sains Mekah (kelas aku) menjadi salah satu destinasi ramai, hehe, mungkin sebab kemeriahan dan banyak makanan kot.
Masa tu, ramailah adik-adik F1 yang mai kelas aku (kelas abe Hafeez kan :p). Aku juga berharap adik aku mai, andddd.........he did!

Memang budak ni tak boleh nak duduk diam, aish.



Macam-macam lagi benda yang berlaku, sehinggalah kami rapat balik, alhamdulillah.

Selepas aku tamat SPM, aku mula fokus dan sibuk dengan program-program luar, hinggakan lama tak contact dia. Tapi agak terharu, bila aku ziarah maahad, aku dapati yang dia meletak gambar kami bersama di locker dia, dan pernah sekali baru-baru ini, dalam Mac 2016, ada kawan dia kata, mereka sedang bersembang tentang ukhuwah dan persahabatan, tiba-tiba Hafizul mention, “Bila bercakap tentang persahabatan, teringat dekat Abe Hafeez.”

Ni pula gambar semasa Sambutan Raya MML2015 (kawan dia hantar gambar ni)

Gambar masa dia Tingkatan 2 (2015).


Hehe. Alhamdulillah, sehingga kini, kami masih berhubung melalui mesej dan call, walaupun aku kini bergelar mahasiswa university (UIA) dan dia sebagai pelajar tingkatan 3 yang merupakan calon PT3 bagi tahun ini. Sekarang ini juga sudah menjadi seorang abang naqib, seorang pimpinan dalam Jilul (Gen) dia. Bagi aku, adik aku ini tidak melaghakan aku, hehe. Banyak nasihat yang dikongsi, dan ada saja tazkirah yang nak diberi. Gurauan pun gitu, gitu lah, aku pun bukanlah nak dikatakan “Abang yang penuh “Izzah dan Thiqah” sangat. Dalam gerak kerja, time serious, kenalah serious.

Setelah hampir 3 tahun, memang budak ini jauh berbeza dengan zaman dia F1 dulu. Lebih matang, lebih hebat baik. Lebih hensem. Haha. Dan lebih bertambah sayang.
Gambar terkini bersama adik (6/3/2016), cuti mid-sem cfs UIA (Hafizul Form 3), so ambil peluang pergi maahad. Terharu sangat kot, bila dia yang mai dan sanggup teman aku tidur di masjid, padahal dia ada exam esok tu. Terima kasih adinda Hafizul..

Besar dah budak ni. Atau cepat sangatkah adik membesar? Huhu.


Time bergurau, haa, berguraulah puas-puas.
Tapi ya, aku sangat bangga dengan adik Hafizul ini. Semoga Allah redhai hubungan yang dibina keranaMu ini. Ukhuwah fillah Abadan abada mahabbah ilal Jannah, insyaAllah.



Dan oh, ya. Adik kandung kepada Hafizul juga alhamdulillah bersekolah di sekolah yang sama, dan berada di Tingkatan 1.
Arsyad. Perangai hampir sebijik sama dengan abang dia, cara cakap, cara respon, cuma dia lebih pemalu .

Nasihat aku, daripada gunakan istilah "adik angkat", lebih elok tukarkan kepada "Mad'u" (yang didakwah) atau "Mutarabbi" (yang dididik). It's more "Islamik" dan kita pun semangat nak tarbiah kan.
Still, penggunaan "adik" pun tiada masalah, mungkin lebih lekat dan dekat di hati bagi sesetengah orang.

Kepada penggerak dakwah dan tarbiah lelaki, ambillah adik angkat, niatlah untuk mengkaderkan, sekiranya ia yang terbaik buat sekolah kamu. Begitu juga perempuan.
Tidak salah, Niat untuk mendidik.

Lagu nasyid ini aku tujukan untuk adik Hafizul. 

Allah. Tetiba rindu pula dekat adik aku. 
Hanya mampu kirimkan doa dari jauh untuk kamu...




7 comments:

  1. Wah.. Sama Dengan Cerita Ana... Alhamdulillah , Walaupun Sibuk Demi Adik2 Seramai 16 Orang Dah Kini . Abaikan Mulut Org , Niat Yang Baik Dapat Yang Baik , Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ni siapa ya. boleh ni kenal-kenal..hehe n_n

      Delete
  2. Wahh... terbaiklah kisah abang...

    ReplyDelete
  3. Mcm sy.. sy bekerja di dewan makan asrama dan ade sorang pelajar rapat sgt dgn sy dan sy rasa mcm keluarga.. sy selalu melukis utk dye sbb dye sukakan lukisan sy so sy bagi jela sbb sy pandai melukis... Dan lama2 sy jadikan dye adik angkat.. dan waktu dye habis sekolah sy dye terus block nombor telefon sy tanpa sbb dan akhirnye sy baru tau dye rupenye rapat dgn sy hanya nk dpt makanan lebih... Dan dye cume pergunakan sy..budak tu asal selangor dan sekolah di pahang sy rasa x perlu cerita siapa dya... Sbb sy x layak menghukum dye..

    ReplyDelete
  4. Aku agak glamor kt skola....Ramai ada adik angkat prempuan dn lelaki tapi aku juga masa junior ramai yg amik aku jadi adik angkat tak kira lelaki atau perempuan. Cerita menarik sebab pasal aku diorang bergaduh berebut aku. Hahaha....Tapi aku tetap sayang abg angkat aku Anwar Mushadad dan adik angkat aku Hazril ...Mereka mmng bijak, Hansem dan hot...kitaorang memang top student dan banyak blajar dan habiskan masa sama sama...Ramai yg cemburu dgn kami...Hahahha

    ReplyDelete