A.M.A.L adalah pada asalnya singkatan kepada Alumni Maahad
Muhammadi Lilbanin/Lelaki. Namun, setelah digabungkan dengan MMP dan MMPPP,
'AMAL' masih lagi dikekalkan bedasarkan singkatan Lil boleh juga digunakan
untuk Lilbanat. Selain itu, maksud A.M.A.L itu sendiri ialah cita-cita dalam
bahasa Arab. 'AMAL' mempunyai maksud yang sangat dalam jika dihayati dengan
sepenuh hati. 'AMAL' bermaksud suatu cita-cita untuk menyatukan generasi Maahad
dalam kesinambungan ukhuwwah yang berterusan, di bawah naungan Islam yang
syumul, berpaksikan penerusan dakwah dan tarbiyyah yang tiada noktahnya,
insyaALLAH.
AMAL boleh dikatakan telah wujud di semua kampus di Malaysia
(yang ada alumni Maahad), dari matrikulasi sehingga ke kampus induk dan swasta.
Malah telah diketahui kewujudannya di Al-Azhar Mesir, Queens University Belfast
United Kingdom, universiti di Jepun, Jerman, Russia, Jordan, Ukraine, Damsyiq,
Madinah, Indonesia dan sebagainya.
Mudah-mudahan, AMAL secara tidak langsung menjadi suatu
tambatan akhirat, yakni pusat pelaburan saham akhirat kepada kita semua
generasi Maahad dalam berganding bahu menyampaikan seruan Islam kepada seluruh
masyarakat khususnya di Malaysia tercinta. Semoga sinar Islam kembali gemilang
dan berada di puncak keagungannya yang sebenar. Ingatlah, "Islam itu
tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".
 |
Sahabat-sahabat dari UM, USIM dan DQ pun ada yang hadir! |
 |
Lajnah Dnt (Dakwah & Tarbiah) |
Alhamdulillah, AMAL peringkat kampus kami berjaya mengumpulkan hampir 100 orang alumni serta mampu menganjurkan beberapa program seperti Ifthor, AGM AMAL, SALAM (Sambutan Aidilfitri AMAL), dan AMAL Gathering 1.0 beserta Solat Hajat .
Program kami juga menerima sambutan daripada sahabat-sahabat AMAL dari UIA Gombak, Darul Quran Kuala Kubu Bharu, USIM dan UM.
 |
Adik beradik. Hafeez n Hakeem. #strongertogether |
 |
Presiden merasmikan. Hehe |
 |
Ada lagi muslimat, dok caro kat makanan |
 |
Gimik Perasmian |
 |
Dari kiri: Abe Abbas, Aasim dan Afiq Hakimi (my best friend and soul mate maybe haha) |
 |
Gabungan 2 generasi AMAL CFS IIUM (SPM G13 & G14)
Presiden AMAL CFS UIA PJ 14/15: Abe Amzar Hadi
Timbalan Presiden AMAL CFS UIA PJ 14/15: Kak Aqilah
Tanzim AMAL sesi 15/16
Presiden AMAL CFS UIA PJ 15/16: Hafeez Zainal Abidin (MML)
Timbalan Presiden AMAL CFS UIA PJ 15/16: Syamimi Mazri (MMP)
Setiausaha AMAL CFS UIA PJ 15/16: Aasim Addli (MML)
Timbalan Setiausaha AMAL CFS UIA PJ 15/16: Fida' (MP3)
Bendahari AMAL CFS UIA PJ 15/16: Amirul Hakim (MML)
Timbalan Bendahari AMAL CFS UIA PJ 15/16: A'aisyah (MP3)
Exco Lajnah Dakwah & Tarbiah AMAL CFS UIA PJ 15/16: Syed (MML)
Timbalan Exco Lajnah Dakwah & Tarbiah AMAL CFS UIA PJ 15/16: Hanifah (MP3)
Exco Lajnah Perhubungan Luar & Teknikal AMAL CFS UIA PJ 15/16: Fariz (MML)
Timbalan Exco Lajnah Perhubungan Luar & Teknikal AMAL CFS UIA PJ 15/16: Hazelin (MMP)
Exco Lajnah Multimedia AMAL CFS UIA PJ 15/16: Shahmi Rofi (MML)
Timbalan Exco Lajnah Multimedia AMAL CFS UIA PJ 15/16: Hanis (MMP)
Exco Lajnah Ekonomi AMAL CFS UIA PJ 15/16: Atif Akram (MML)
Timbalan Exco Lajnah Ekonomi AMAL CFS UIA PJ 15/16: Ainul (MMP)
"AMAL IS NOT ABOUT ME. IT IS NOT ABOUT YOU NEITHER. AMAL IS ABOUT US."
|
No comments:
Post a Comment