Welcome

Sunday, 4 October 2015

Hakikat Sirr Wa Hazar

- Dipetik dari kata-kata dan luahan seorang sahabat, khusus bagi mereka yang berusrah dan berjemaah -


Sahabat, dahulu kukenali kau sebagai seorang yang baik, riang, peramah dan sentiasa mengajakku untuk bersama.
Sahabat, dahulu kau seorang yang sangat rajin, bangun awal pagi, baca Al-Quran, ulang kaji bersama.
Sahabat, dahulu bila kau keluar, pasti kau akan ajak aku, atau paling kurang, memaklumkan aku dahulu ke mana tuju kamu.
Sahabat, dahulu kalau ada "talk", atau seminar atau program-program tarbawi, kau pasti akan ajakku bersama.
Sahabat, dahulu kalau tiba hari jadiku, pasti paling kurang akan ku dapat ucapan, atau sambutan, tidak lupa sepotong kek atau hadiah yang cantik.
Sahabat, dahulu kau seorang yang tidak suka berdebat. Andai satu khilaf atau perbezaan pendapat berlaku, kau lebih banyak senyap daripada berbicara.
Namun sekarang, "sahabat" yang kukenali telah lama hilang.
Kini, aku jarang melihat kamu senyum kepadaku seperti dahulu. Kau bukan lagi seorang yang ceria dan gembira.
Kini, aku tidak lagi mendengar alunan al-quran kerap seperti biasa. Subuhmu juga harus kukejut , tidak semudah macam yang lalu.
Kini, kau sentiasa keluar dalam keadaan senyap. Kau sangka ku tidak perasaan, namun sifat "sirr" kamu tidak dapat disembunyikan.
Kini, aku nampak kau sering bersama "sahabat-sahabat" lain. Jujur aku cemburu, kerana aku rasa aku dipinggirkan daripada halaqahmu.
Kini, aku perasan yang kau kerap memberi hadiah kepada mereka. Kau seolah telah lupakan aku.
Kini, kau seorang suka yang berdebat. Pantang seorang menyanggah mu, kau selalu cuba untuk menang dalam percakapan.
Aku ternampak gambar-gambar riangnya kamu bersama mereka.
Hebatnya kamu berprogram, berrehlah, berjaulah, berdaurah bersama mereka.
Hanya kerana USRAH. Hanya kerana JEMAAH.
Sahabat, aku tahu apa itu usrah. Aku tahu apa itu jemaah. Aku tahu apa itu konsep Sirr wa Hazar.
Tapi, sedarkah kamu bahawa, kamu membawa FITNAH.
Kamu memberi persepsi yang buruk kepada usrah kamu. Kamu sentiasa berahsia denganku, sedangkan aku sahabatmu.
Aku tengok rak bukumu, penuh dengan ilmu dakwah. Manakah "maza ya'ni" mu? Manakah generasi As Syahid Imam Hasan Al Banna yang kalian bincangkan untuk cetak?
Aku pernah korek dek kerana terlalu curiga dan perasaan ingin tahu.
Kalian membincangkan hal-hal ummah. Kalian bincangkan tentang sahabat yang lain. Tapi dalam waktu yang sama , kalian MENGUMPAT! Kalian MENCACI! Hanya kerana mereka buat salah atau berlainan fikrah! Munaqashah kalian tidak seiring tindakan kalian!
Kalian lupa dan alpa, bahawa kalian telah meletakkan USRAH dan JEMAAH mengatasi UKHUWAH!
Kalian ada keluarga yang baharu. Kalian lupa akan yang dahulu. Bukan rintisan aku sahaja, malah sahabat yang lain perasan.
Ini luahan supaya kamu, dan kalian mengambil iktibar. Aku faham mengapa sesetengah tindakan perlu dirahsiakan. Tapi, jangalah kamu sesekali berahsia sehingga mengguriskan hati sahabatmu! Janganlah meletakkan kalian golongan esklusif.
Kerana apa? Ketahuilah sebenarnya kalian masih belum faham.
Andai benar konsep Sirr dihadam, maka kalian tak akan timbulkan keraguan sebegini.
Bukanlah di sini bermakna aku menghentam usrah atau jemaah. Tapi sebagai iktibar bahawa jangalah menimbulkan fitnah.

Akhir bicara , ketahuilah sahabat. Aku masing sayangkanmu. Aku masih merinduimu. Tapi KAMU YANG DAHULU. Semoga Allah memberi hidayah kepadamu, dan kalian semua....

No comments:

Post a Comment