Welcome

Wednesday, 10 December 2014

SLOT MUHASABAH


Dalam entri ni, apa yang nak dikongsikan ialah pengalaman mengendalikan slot Muhasabah.
Apa yang ana diajar pada ketika dahulu, biasanya kita akan gunakan 3 Step ini - Runtuh, Cungkil, Bina. Dan dalam setiap step ada 3 aspek yang perlu ditekankan - Aqliyyah (Akal, Pemikiran), Jasadiyyah (Jasad) dan Ruhaniyyah (Kerohanian)

3 STEP

1. Runtuh - Time ini bolehlah nak buat apa saja berpandukan aspek. Nak marah ke, guna fizikal (dengan syarat tidak mendera dan ikut syariat), tengking ke dll
2. Cungkil- Bila habis step pertama, time ni lah nak cungkil segala permasalahan, sebab ni masa kemuncak di mana peserta akan berada di tahap emosional. Jadi di sini kita nak merungkai segala-galanya daripada peserta.
3. Bina - Ini step yang paling penting di mana kita ibarat pembawa berita gembira. Time ni kita perlu naikkan kembali semangat, bagi nasihat, cheer them up, bagi coklat ke (ok gurau) dan tunjukkan kita sayangkan mereka, dan masih berlum terlambat untuk berubah.

3 ASPEK

1. Aqliyyah - Aspek ini adalah di mana kita memberi penekanan kepada pemikiran mereka, lebih kepada mental. Ia meransang seseorang untuk berfikir.
2. Jasadiyyah - Aspek ini pula adalah kita memberi tamrin fizikal kepada peserta, cthnya, berlari, bergegas ke suatu tempat, pumping, atau apa-apa yang melibatkan jasad. Biasanya bertujuan untuk membentuk jundi atau peserta yang kuat.
3. Ruhiyyah - Aspek ini bertujuan memupuk nilai-nilai Islam dalam diri peserta untuk bermuhasabah tujuan kehidupan kita di dunia yang fana' ini.

Biasanya dalam perancangan muhasabah, kita akan membahagikan peratusan penekanan. Cara membahagikan itu perlu dilihat kepada waqi' atau keadaan semasa atau objektif program itu sendiri.

Contoh 1

Aqliyyah: 10 %
Jundiyyah: 70%
Ruhiyyah: 20%

Konklusi untuk contoh di atas : Tamrin Muhasabah ini memberi penekanan lebih kepada membina peribadi jundi dalam diri peserta

Contoh 2

Aqliyyah: 90 %
Jundiyyah: 5%
Ruhiyyah: 5%

Konklusi untuk contoh di atas : Tamrin Muhasabah ini mungkin merupakan tamrin untuk program berbentuk pengurusan organisasi

Contoh 3

Aqliyyah: 60 %
Jundiyyah: 20%
Ruhiyyah: 20%

Konklusi untuk contoh di atas : Tamrin Muhasabah ini memberi penekanan kepada melatih para peserta untuk berfikir, di samping tidak mengabaikan perkara asas dalam latihan jasad dan nilai-nilai Islam.

Namun apa-apa pun bergantung atas pengalaman kita dan waqi' mad'u. Kadang-kadang ada yang kita perlu masuk dengan marah-marah. Ada yang kita perlu bermula dengan berlembut. Ada yang kita perlu berduet dengan seorang lagi, cthnya seorang memainkan watak faci yang garang dan seorang memainkan watak faci yang penyayang,

Berkaitan topik pula, boleh lah menyentuh berkenaan Ibu Bapa, kerana memang isu ini sangat sensitif, tidak kira dari umur kanak-kanak hinggalah ke umur warga emas. Siapa yang tidak sayang parents kan?
Sebab tidak dinafikan, memang akan jadi sebak bila ada orang mention berkaitan "ummi" atau "abah" kan?

Tahap yang lebih tinggi, mungkin boleh sentuh berkenaan Islam, hakikat kehidupan di dunia yang sementara ini, tentang pengorbanan Rasulullah SAW ke atau macam-macam lagi.
Sambil-sambil tu, boleh lah menegur berkenaan disiplin dalam program ke (kalau dalam tamrin ke, dll).

Dan paling penting, sebagai pengendali slot sebegini, betulkan niat ya. Jangan sesekali niat untuk buat peserta menangis. Ya, kita ingin beri kesedaran, dan tangisan ini hanyalah natijah yang dimanifestasikan daripada kesedaran.
Kalau menangis, alhamdulillah lah, kira bonus. Tapi kita nak kesedaran,  ini yang penting.

Ana hanya mampu menyatakan contoh asas dan paling basic di atas. Jikalau ada readers yang punyai idea dan pengalaman yang lebih baik, mohon share sket ya.



Kem Bestari Solat di Kampung Badang, PCB

Pengalaman 1st Time handle Muhasabah

Adik-adik Abe Hafeez


Abe Hafeez xde..kena balik awal sebab ada Muktamar...T_T

No comments:

Post a Comment