Tiba jua hari yang dinanti-nantikan. Pengumuman keputusan Sijil Menengah Ugama (SMU) bagi batch kami (1997).
![]() |
Naling blaka budak-budak ni..nunggu result |
Debaran demi debaran. Dahlah sebelum pengumuman tu, ada mesyuarat MIFTAH. Maklumlah ditaklifkan sebagai Exco Kebersihan dan Persiapan Tempat..Allah...
Result masa trial @ percubaan ana tidak memberansangkan sangat. Walaupun berada di 4 Sains Mekah, hanya mampu dapat 6 Mumtaz. Sedangkan classmates lain dapat 10 Mumtaz. 9 Mumtaz, 8 Mumtaz.
Ada yang mengatakan ana terlalu sibuk dengan berprogram dan bersama adik-adik junior.
Kadang-kadang rasa tercabar juga, Lalu ana nak buktikan ana boleh buat!
Dan....
ALHAMDULILLAH! Takbir. Cehh. Tapi bersyukur sungguh ni. Sememangnya janji Allah itu benar. Sesiapa yang membantu agama Allah, Allah akan bantu dia.
![]() |
Cikgu Junaidi, PK KO kami. Tq cikgu |
![]() |
Pelajar-pelajar yang berjaya mendapat 10 Mumtaz, alhamdulillah |
Apa - apa pun, nampak gayanya tahun 2014 lebih mencabar.
Dengan pelajaran lagi, jawatan, dakwah, tarbiah dan sebagainya, kena pandai balance. Dah lah SPM.
Kata Mama Ros (Guru Add Math yang sangat ana segani), "SPM is not everything, but SPM is something."
Teruskah usaha Hafeez!
AKADEMIK - TURATH - HARAKI
No comments:
Post a Comment