Welcome

Wednesday, 31 December 2014

Love is Weird




BACA JANGAN TAK BACA!

Cinta. Tentang cinta, ramai yg gembira. Tp ramai juga yg kecewa tntg cinta. Smpai ada statement "Lautan api sanggup ku redahi". Allah. Semata-mata kerana mengejar cinta yg sementara. Kalaulh cinta itu disemaikan trhadap sang Pencipta, cinta yg hakiki. Tntg cinta, kalau kita cintakan seseorang melebihi drpd org lain, msti kita akan melakukan apa saja demi si dia kn? Dia menjadi penguat, dia juga mnjadi pelemah. Dia penguat tatkala kita lemah n dia pelemah tatkala kita kuat. You will do anything for him/her.
(Menggeleng-geleng)
Apabila manusia btul2 memahami konsep cinta, psti mereka akan berpaling kpd Allah. Melakukan segala suruhannya, n meninggalkan segala larangannye...
Tuttt......tetibe, ada sorg adik bertanya: "Pstu xleh lah nk cintakn manusia?"
Aq hnya tersenyum. "X salah. Cinta kan manusia tdak mengapa, asalkan semuanya disandarkan kpd Allah, itu yg utama. Cinta kpd seseorang itu keranaNYa, bru lah tdak akan jd maksiat n lain2.
-Terbaca status sesetengah 'sahabat' d fb stlh diorang abis menerima result "SMU", kata mereka "Yes! Dpt dh sijil nim! X perlu amik kursus nikoh lah lph nim!"
"adoii squint emoticon bro, sis. Kalu korang rasa korang btul2 dh abis faham tntg baitul mahabbah sila kn lah nk p kawin laa nim pun. Tp kalau result 10M ko, 9M ko, 8M ko, xda M ko tp xleh nk hurai fasal fiqh lelaki/wanita x payah nk berangan lah nk kawin! Sorry to say, tp nk tgur skit. Sbb zaman laa nim bnyk yg bljr kerana peperiksaan, bukan sbb nk ilmu, sbb tuh xde barokah. SMU zaman le nim rmai yg hafal madah saja, fahamnyo dop"
Okey, kembali pd topik cinta. Tp xde dh nk oyak, haha. Melihat wajah adik yg pnuh 'nur' itu. "Abe, ana sygkn abe, terima kasih sbb wi nasihat, " dia ckp smbil tersengih.
Aq tersenyum buat kali kedua. Meramas rambutnya, aq menjawab, "Abe pun sygkn anta...kerana Allah. Uhibbuka fillah abadan abada mahabbah ilal Jannah. La mahabbah illa bil ukhuwah."
Sambung...
"Pstu, sapa gewe abe?" satu soalan nakal kedengaran slps itu.
"Aish, bdak ni nk kna ni," aq berkata smbil cuba mencubit adik itu yg sedang menahan ketawa. Habis letih ceramah aq, haha, mari juga bnda mcm nim.
Hmm, bdak2 zaman laa nim. Hok tuh pun dh tahu dah. Asal cinta, msti gewe slaluh. Allahurobbi. Salah sape? Parents? CIkgu? Kwn2? Patutnye mereka dididik dgn tarbiah islamiah.

SUKARELAWAN Banjir MESRA 2014

Misi Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Alkisah misi bantuan banjir ke sekolah-sekolah yang menjadi pusat pemindahan mangsa2 banjir di sekitar kelantan. Alhamdulillah, bnyk pengalaman yg dpt dikutip sepanjang sy berada d SK Kubang Kerian 2, Maahad Muhammadi Lelaki, KB dan SK Gual Tinggi, Rantau Panjang. Macam2 kerenah n mehnah yang terpaksa kami, sukarelawan MeSRA terpaksa hadapi terutama masyarakat yang berbagai ragam. Sedih, gembira, letih dan macam2 yg dpt dirasakan. Apa2pun, insyaAllah pengalaman yg dikutip ni mmpu mendewasakn kita. Igtlah, Allah tidak akan menguji kamu melainkan Dia tahu kamu mampu.
Dan terima kasih juga kepada sukarelawan2 yg dtg jauh dr negeri lain. Tadhiyyah kamu akan dinilai insyaAllah.
Adik2 di pusat pemindahan yg comel..hihi...insyaAllah akn ketemu lagi. Listen to your parents always.
Nasihat kepada mangsa2 banjir: Jadikan musibah ini sebagai asbab untuk kita lebih taqarrub kepada Allah terutama dlm ibadah solat. Dh la sblum banjir x solat dh, masa bnjir pun x! Mcm mna Allah nk bntu?

Dan....kepada sahabat2 yg prnh bertugas dgn sy, kak Amani Rahim, Aisyah Rumainor, Abu Bakar Al Siddiq, Bahr Hikmah dll. Jazakallah kepada semua. Ukhuwah fillah.


V For Volunteer

Dato' Najib pun mai. walaupun 5 minit -_-


SAFINATUN NAJA (Bahtera Penyelamat)

Certain people akan nampak banjir ni seperti "entertainment". Bila ada kawasan yang air naik, maka pakat rmai2 turun padang pergi tgk bersama kawan, konvoi beramai-ramai terutama golongan muda. Keropok lekor yg dijual di tepi jln pun untung (dgr kata ada smpai dpt RM500 sehari), pstu amik gmbr n mula share di Fb, Wechat n WhatsApp. Dr pagi hingga larut malam. Rasa "thrill" muncul sbb jarang2 bnda mcm ni berlaku. Allahurobbi. Bodoh ambo rasa. Serious eh. Terutama golongan muda. Apakah patut masa mu dihabiskan begitu sahaja? Baik pergi jadi sukarelawan bantu mangsa banjir. Mana tuntutan kita sebgai orang ISLAM? Mana perlaksanaan tarbiah amaliah tatbiqiah? Banjir ni bukn something utk kita rasa excited. It is a warning, a sign from Allah that we are far from Him. Di sini bermula ujian kesabaran, ukhuwah dll. Serious ambo ckp. Stop lh pergi tgk air. Ambo tujukan kepada org muda. Daftar sebagai sukarelawan. Klu x mampu pun, buka al quran n baca..doa bnyk2. Jangan hanya sekadar type dlm fb doa2 tp x bc pun. Kasihanilah saudara2 kita yg kena. Cukup2 lah berteori. Praktikkan sekrg. Masyarakat memerlukn mu hai syabab! Siapakah lagi yang mapu menjadi "bahtera penyelamat" kalau bukan kita?

Bersama sahabat dan adik-adik maahad yang hebat

KB Care pun ada :)

Gembira dapat berkhidmat bersama. Diorang mai dari KL kot semata-mata nak tolong rakyat Kelanta




Bersama adik2 yg comell di pusat pemindahan banjir SK Gual Tinggi, Rantau Panjang. Gonna miss you guys!
Walaupun mentarbiyyah kanak2 di pusat pemindahan banjir ni nmpk mcm kecil, tetapi sbnrnya ia suatu bnda yg bsr. Nmpk koman je bercerita, buat pertndingan mewarna, word search, bg coklat dll, tp ia membri implikasi yg bsr. Selain drpd mndpt "trust" atau kepercayaan ibu bapa diorang, ia juga meringankn keletihn ibu bapa yg sudh sarat dgn bebanan. N utk ambo sndiri...walaupun letih, sedih dll, ada juga adik2 yg mmpu menjadi "mukasyafatul qulub" atau penenang hatiku ini....hehe insyaAllah.

Mutiara MML 2014

Alright, off to school after this. Ingin melihat "wajah2 yg bakal menggegar taman maahadi MML 2014"
Tengok list pelajar2 tingkatan 1 utk sesi 2014, masyaALLAH, ramai nyo smpt ko nk knal? Tp thun 2013 walaupun dh tengah bulan, smpt juga ana nk knal sume form 1.
Teringat last week, dok jalan2 kt skolah lps meeting, jumpa sorang bdak ngan mak dia. Mak dia suruh knal. Taaruf sbntr. Knal dh sorg. Pastu bru nim sblum terima result SMU'13. Jumpa sorg lg plak, minta direction. Smbil bg direction, sempat juga nk taaruf. Sorg bekeng2. Sorang malu2. Haha, siap lah dua org nim, Farhan n Faizuddin. MIFTAH awaits.Your orientation with the school is on the way, but your orientation with me is already settled.
2 down. 213 more form 1 2014 to go.
*rmainya mutiara ISLAM!!
*semoga berjaya MIFTAH 2014

Monday, 29 December 2014

Result Imtihan SMU 2014


Tiba jua hari yang dinanti-nantikan. Pengumuman keputusan Sijil Menengah Ugama (SMU) bagi batch kami (1997).
Naling blaka budak-budak ni..nunggu result 
Debaran demi debaran. Dahlah sebelum pengumuman tu, ada mesyuarat MIFTAH. Maklumlah ditaklifkan sebagai Exco Kebersihan dan Persiapan Tempat..Allah...




Result masa trial @ percubaan ana tidak memberansangkan sangat. Walaupun berada di 4 Sains Mekah, hanya mampu dapat 6 Mumtaz. Sedangkan classmates lain dapat 10 Mumtaz. 9 Mumtaz, 8 Mumtaz.

Ada yang mengatakan ana terlalu sibuk dengan berprogram dan bersama adik-adik junior. 
Kadang-kadang rasa tercabar juga, Lalu ana nak buktikan ana boleh buat!

Dan....

ALHAMDULILLAH! Takbir. Cehh. Tapi bersyukur sungguh ni. Sememangnya janji Allah itu benar. Sesiapa yang membantu agama Allah, Allah akan bantu dia.


Bersama bakal Ketua Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki 2014, saudara Abu Bakar Al-Siddiq, seorang sahabat yang sangat hebat dan ana kagumi. Alhamdulillah, dapatlah abu bersama di 5 Sains Mekah insyaAllah.

Cikgu Junaidi, PK KO kami. Tq cikgu

Pelajar-pelajar yang berjaya mendapat 10 Mumtaz, alhamdulillah


Apa - apa pun, nampak gayanya tahun 2014 lebih mencabar.
Dengan pelajaran lagi, jawatan, dakwah, tarbiah dan sebagainya, kena pandai balance. Dah lah SPM.

Kata Mama Ros (Guru Add Math yang sangat ana segani), "SPM is not everything, but SPM is something."

Teruskah usaha Hafeez!

AKADEMIK - TURATH - HARAKI

Wednesday, 10 December 2014

SLOT MUHASABAH


Dalam entri ni, apa yang nak dikongsikan ialah pengalaman mengendalikan slot Muhasabah.
Apa yang ana diajar pada ketika dahulu, biasanya kita akan gunakan 3 Step ini - Runtuh, Cungkil, Bina. Dan dalam setiap step ada 3 aspek yang perlu ditekankan - Aqliyyah (Akal, Pemikiran), Jasadiyyah (Jasad) dan Ruhaniyyah (Kerohanian)

3 STEP

1. Runtuh - Time ini bolehlah nak buat apa saja berpandukan aspek. Nak marah ke, guna fizikal (dengan syarat tidak mendera dan ikut syariat), tengking ke dll
2. Cungkil- Bila habis step pertama, time ni lah nak cungkil segala permasalahan, sebab ni masa kemuncak di mana peserta akan berada di tahap emosional. Jadi di sini kita nak merungkai segala-galanya daripada peserta.
3. Bina - Ini step yang paling penting di mana kita ibarat pembawa berita gembira. Time ni kita perlu naikkan kembali semangat, bagi nasihat, cheer them up, bagi coklat ke (ok gurau) dan tunjukkan kita sayangkan mereka, dan masih berlum terlambat untuk berubah.

3 ASPEK

1. Aqliyyah - Aspek ini adalah di mana kita memberi penekanan kepada pemikiran mereka, lebih kepada mental. Ia meransang seseorang untuk berfikir.
2. Jasadiyyah - Aspek ini pula adalah kita memberi tamrin fizikal kepada peserta, cthnya, berlari, bergegas ke suatu tempat, pumping, atau apa-apa yang melibatkan jasad. Biasanya bertujuan untuk membentuk jundi atau peserta yang kuat.
3. Ruhiyyah - Aspek ini bertujuan memupuk nilai-nilai Islam dalam diri peserta untuk bermuhasabah tujuan kehidupan kita di dunia yang fana' ini.

Biasanya dalam perancangan muhasabah, kita akan membahagikan peratusan penekanan. Cara membahagikan itu perlu dilihat kepada waqi' atau keadaan semasa atau objektif program itu sendiri.

Contoh 1

Aqliyyah: 10 %
Jundiyyah: 70%
Ruhiyyah: 20%

Konklusi untuk contoh di atas : Tamrin Muhasabah ini memberi penekanan lebih kepada membina peribadi jundi dalam diri peserta

Contoh 2

Aqliyyah: 90 %
Jundiyyah: 5%
Ruhiyyah: 5%

Konklusi untuk contoh di atas : Tamrin Muhasabah ini mungkin merupakan tamrin untuk program berbentuk pengurusan organisasi

Contoh 3

Aqliyyah: 60 %
Jundiyyah: 20%
Ruhiyyah: 20%

Konklusi untuk contoh di atas : Tamrin Muhasabah ini memberi penekanan kepada melatih para peserta untuk berfikir, di samping tidak mengabaikan perkara asas dalam latihan jasad dan nilai-nilai Islam.

Namun apa-apa pun bergantung atas pengalaman kita dan waqi' mad'u. Kadang-kadang ada yang kita perlu masuk dengan marah-marah. Ada yang kita perlu bermula dengan berlembut. Ada yang kita perlu berduet dengan seorang lagi, cthnya seorang memainkan watak faci yang garang dan seorang memainkan watak faci yang penyayang,

Berkaitan topik pula, boleh lah menyentuh berkenaan Ibu Bapa, kerana memang isu ini sangat sensitif, tidak kira dari umur kanak-kanak hinggalah ke umur warga emas. Siapa yang tidak sayang parents kan?
Sebab tidak dinafikan, memang akan jadi sebak bila ada orang mention berkaitan "ummi" atau "abah" kan?

Tahap yang lebih tinggi, mungkin boleh sentuh berkenaan Islam, hakikat kehidupan di dunia yang sementara ini, tentang pengorbanan Rasulullah SAW ke atau macam-macam lagi.
Sambil-sambil tu, boleh lah menegur berkenaan disiplin dalam program ke (kalau dalam tamrin ke, dll).

Dan paling penting, sebagai pengendali slot sebegini, betulkan niat ya. Jangan sesekali niat untuk buat peserta menangis. Ya, kita ingin beri kesedaran, dan tangisan ini hanyalah natijah yang dimanifestasikan daripada kesedaran.
Kalau menangis, alhamdulillah lah, kira bonus. Tapi kita nak kesedaran,  ini yang penting.

Ana hanya mampu menyatakan contoh asas dan paling basic di atas. Jikalau ada readers yang punyai idea dan pengalaman yang lebih baik, mohon share sket ya.



Kem Bestari Solat di Kampung Badang, PCB

Pengalaman 1st Time handle Muhasabah

Adik-adik Abe Hafeez


Abe Hafeez xde..kena balik awal sebab ada Muktamar...T_T

Monday, 8 December 2014

Muktamar Sanawi BALKIS 2014

Sekiranya perjuangan ini mudah, sudah tentu suburlah bumi ini dengan tarbiah. Tapi perjalanan ini dilingkari dengan mehnah dan tribulasi . Haruslah kita menyusuri onak duri untuk mencapai matlamat kemenangan hakiki.

Alhamdulillah..berjaya diadakan  Liqo' Perdana Jilul Haraki (@ Muktamar Sanawi BALKIS) yg dianjurkan oleh Badan Latihan & Kepemimpinan Islam. Tahniah & takziah kepada saff pimpinan baru n lama serta semua ahli penggerak...semoga terus kekal tsabat n istiqamah dalam perjuangan dakwah n tarbiah sama ada di dalam medan tamrin bumi maahadi @ di luar sana, insyaAllah


Bersama sahabat pimpinan sesi 13/14 dan ditaklifkan pula untuk sesi 14/15
Dari kiri : Adnin, Hafeez, Amal

Adik-adik pencatat minit

Sepanjang berada dalam pengemudian BALKIS, aku nampak dua perkara yang harus dititikberatkan antara pimpinan iaitu UKHUWAH dan TSIQAH.

Mungkin bukan senang untuk dipupuk, tapi untuk masa mendatang hendaklah perlahan-lahan dibina.

Exco Lajnah Perhubungan Luar & Kemasyarakat menyampaikan laporan lajnah ^_^  

Apabila dikaji dan diteliti, ana cuba buat RnD dan bandingkan serta berbincang dengan sekolah-sekolah lain yang masyhur, ana dapati bahawa teramat banyak sangat perkara yang boleh dimanfaatkan melalui lajnah ana ini. Cumanya ramai yang tidak nampak.

Sahabat-sahabat seperjuangan



Pimpinan Bersidang

 "Islah Qiadi, Kualitikan Jundi"
Pengerusi Tetap, saudara Nasruirham (Abe yo)


“Perjuangan itu ibarat ranjau bertatah duri-duri yang mencengkam leluhur daging. Ditarik ia sakit, ditolak jadi nanah. Tapi bagi seorang pejuang, kesakitan itu ibarat tiupan lembut angin dari jannah dan tegukan air, penyejuk tekak di padang pasir, biar terbuang terus berjuang. Sekiranya sistem ini baik maka terus perkukuhkannya, dan seandainya lemah, maka perbaikilah."


Tawsiyyah terakhir daripada Presiden Balkis sesi 13/14 kepada adik-adik pimpinan baru yang akan naik

Alhamdulillah, selesai jua Muktamar. Tanpa disangka pada tahun mendatang 2015 atau untuk sesi kepimpinan 2014/2015, aku masih akan mejawat jawatan sebagai Exco Lajnah Perhubungan Luar dan Kemasyarakatan BALKIS.

Allahu. InsyaAllah, aku akan bawa BALKIS ke arah lebih baik pada kali ini!