"Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian yang datang. Allah tangguhkan sesuatu utk didik kita bersabar. Allah ambil sesuatu utk didik kita supaya redha. Sampai masa, Allah akan berikan sesuatu sebagai ganjaran. Saat itu, kamu akan begitu bersyukur dgn apa yg Allah aturkan ini.
Tuhan, aku tahu aturanMu tidak sia-sia."
Tuhan, aku tahu aturanMu tidak sia-sia."
Tahniah kepada semua adik-adik yang telah berjaya dalam UPSR 2015 ini! Tahniah juga kepada ibu bapa serta guru-guru yang penat mendidik adik-adik semua.
Bagi yang tidak mencapai apa yang dihajati, jangan bimbang. Hayati betul-betul ayat-ayat di atas. Belajarlah dari kesilapan. Kepada yang sememangnya sudah sedaya upaya fighting, jangan risau, ada hikmah di sebalik kejadian ya grin emoticon
Kepada yang masih "mencari sekolah untuk diri sendiri atau anak-anak" , bolehlah apply sekolah- sekolah lama Abg Hafeez Zainal Abidin dan Abg Hakeem Zainal Abidin iaitu SMU(A) Bustanus Saadah, Morak, Tumpat, Kelantan dan Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan.
Kedua-duanya insyaAllah sekolah yang baik, dan Alhamdulillah, Abg Hafeez menjadi sebegini hasil daripada tarbiah dan pendidikan kedua buah sekolah ini.
Bagi yang tinggal di luar negeri, eloklah hantar di Maahad Muhammadi Lelaki kerana ada perkhidmatan asrama di sana. Bagi yang tinggal mungkin sekitar Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Tumpat dan kawasan sekitarnya, boleh juga pergi ke SMU(A) Bustanus Saadah (tapi di sini tiada asrama ya.) Sekolah ini berhampiran sangat dengan rumah saya.
Bagi yang menginginkan pendidikan tahfiz, walaupun keduanya bukan sekolah tahfiz yang umum, tapi ada disediakan kelas tahfiz secara khusus bagi yang mahu.
Saya dan Abang saya Hakeem pergi ke SMU(A) Bustanus Saadah dari form 1 - form 3 dan kemudian berpindah ke Maahad Muhammadi Lelaki ketika form 4 dan form 5.
Alhamdulillah, sekarang kami berdua sedang belajar di UIAM bersama-sama hehe.
Apa-apa pun, ni just sebagai cadangan dan support kepada sekolah lama. I mean, every one have the right to love their old school right?
Apa-apa pun buat istikharah elok-elok. Your future depends on you!
Yang tak dapat 5A tu, jangan risau. Ramai je kawan Abg di SMU(A) Bustanus Saadah masuk sekolah tu dengan result UPSR 5C, 5B, bahkan ada D dan F. Tapi in the end, dengan usaha dan iltizam serta didikan para guru (khususnya Sir Sayuti Husain! Murabbi kesayangan 😁😊) , ramai yang dapat 9A, 8A, 7A dan sbgnya, Alhamdulillah.
Tambahan lagi, ana amat menyayangi sekolah-sekolah di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan. Ada Maahad, ada SMU(A).
Dari sudut akademik, pada awal masuk, mungkin agak terbeban dengan 21 Subjek! (Agama + Akademik) Bayangkan, form 1 dah kena belajar Nahu, Feqah serta kena mula menghafal Hadis, Tafsir dan lain2. Tapi sebenarnya sangat berbaloi dan best sebab kesemua itu kita boleh amalkan dalam kehidupan dan secara peribadi ana sendiri masih ingat lagi walaupun bukan semua pelajaran semasa berada di Tingkatan 1. YIK amat mementingkan kecemerlangan akhlak dan akademik. Bagi saya, saya amat terhutang budi dan menyayangi kesemua asatizah, para guru, murabbi dan murabbiah dari SMU(A) Bustanus Saadah dan Maahad Muhammadi Lelaki.
Nak talaqqi kitab-kitab pun ada, masing-masing sekolah menyusun kelas tafaqquh fid din sendiri.
Dari sudut tarbiah pula, kita ada usrah, tamrin, program qiamullail dan akan ada Naqib/ah dari kalangan Abang-Abang (dan Kakak-Kakak jika smu(a) bustanus saadah) yang akan bimbing dan jaga adik-adik! Tidak lupa juga kepada sokongan daripada pihak ALUMNi sekolah yang sentiasa turun padang untuk bersama-sama untuk menolong adik-adik sekiranya perlu. 😁
Dari sudut bi'ah dan suasana, adik-adik akan dilatih memakai kupiah dan tudung labuh serta didedahkan dengan pelbagai program keagamaan.
Biarlah orang nak kata apa pun dekat sekolah kami, tapi kami warganya amat menyayangi kedua sekolah ini.
Apa yang penting, ingatlah pergi mana-mana pun jangan tinggalkan agama. Bukan nak cakap lebih atau tazkirah atau lecture sal agama, tapi like it or not hakikatnya, KITA BAWA AGAMA ISLAM di mana jua kita pergi.
Last but not least, buat pilihan yang terbaik! Your future (or your children's) depends on your choice 😊
SMU(A) Bustanus Saadah, Morak (2012). Sekarang ini sudah mempunyai masjid. |
![]() |
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. |
And not to forget, tahniah lah juga kepada adik-adik dan guru-guru dari sekolah rendah lama saya iaitu Sekolah Kebangsaan Dato' Haji Zainuddin, Serdang, Kedah (2004-2006) dan Sekolah Kebangsaan Palekbang, Tumpat, Kelantan (2007-2009). Tak tanya lagi result di sana macam mana ni, hopefully excellent n_n
P/s: Maaf lah kalau kualiti gambar yang dilampirkan kurang kualiti. Nak tahu lebih lanjut mai tengok sendiri atau PM.
Choose well.
Sincerely,
Mohammad Hafeez Bin Zainal Abidin, CFS IIUM, Petaling Jaya, Selangor
ALUMNi SMU(A) Bustanus Saadah (ALBANA) & ALUMNi Maahad Muhammadi (AMAL)
Mohammad Hafeez Bin Zainal Abidin, CFS IIUM, Petaling Jaya, Selangor
ALUMNi SMU(A) Bustanus Saadah (ALBANA) & ALUMNi Maahad Muhammadi (AMAL)
SMU(A) BSM & MML Fi QULUBINA ~~~