Kroniknya ummah kita kerana terlalu "taksub"
dengan pentas dakwah. Seakan dakwah ini, membina personaliti, persepsi, dan
'izzah terhadap diri .
Siapa yang lebih banyak penonton, pelawat, pengikut,
peng"like", dialah yang paling layak digelar pendakwah, dan patut
diikuti, tapi yang paling kecil peminat dan minoriti, dialah yang tak wajar diikuti.
Inilah persepsi masyarakat kita. Seolah-olah menyeru kepada
Allah itu "pentas dakwah" semata.
Hasilnya? Lahirnya daie bersifat celebrity. Dijemput kuliah
dengan "demand bayaran tertentu". Seakan sang yang menjemput,
"membeli agama" dan si pendakwah yang dijemput "menjual
agama".
Mungkin agak kasar , tapi ini realiti masyarakat kita.
Teringat kata-kata seorang ustaz (tak ingat nama, tapi
syadid orangnya dalam memberi pendapat) ketika sedang menyampaikan kuliah dasar
dalam suatu program tarbawi,
"Kuliah yang awak dengar ini dua benda sahaja, sama ada
awak lebih kenal Allah atau awak lebih kenal saya. Kalau awak kenal saya lebih
lagi dari awak kenal Allah, maka jangan jemput lagi saya untuk sampaikan
kuliah."
Allahu. Hinanya pentas dakwah yang dilakar manusia.
Kita menghormati si daie kerana ilmu yang boleh mendekatkan
kita kepada Allah. Andai ilmunya lebih menjauhkan kita daripada Allah, maka
amat rugilah kita jika terus bersamanya.
Ingatlah, dakwah bukan satu persembahan. Tapi suatu
tuntutan.
Peringatan untuk diri ini yang alpa dan leka juga
![]() |
Gambar hiasan je....time kendali MITHALI'15 BSM (Minggu Rabithah & Kenali Madrasah SMU(A) Bustanus Saadah) |