Welcome

Monday, 16 November 2015

SMU(A) Bustanus Saadah & Maahad Muhammadi Lelaki


"Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian yang datang. Allah tangguhkan sesuatu utk didik kita bersabar. Allah ambil sesuatu utk didik kita supaya redha. Sampai masa, Allah akan berikan sesuatu sebagai ganjaran. Saat itu, kamu akan begitu bersyukur dgn apa yg Allah aturkan ini.
Tuhan, aku tahu aturanMu tidak sia-sia."

Tahniah kepada semua adik-adik yang telah berjaya dalam UPSR 2015 ini! Tahniah juga kepada ibu bapa serta guru-guru yang penat mendidik adik-adik semua.
Bagi yang tidak mencapai apa yang dihajati, jangan bimbang. Hayati betul-betul ayat-ayat di atas. Belajarlah dari kesilapan. Kepada yang sememangnya sudah sedaya upaya fighting, jangan risau, ada hikmah di sebalik kejadian ya grin emoticon
Kepada yang masih "mencari sekolah untuk diri sendiri atau anak-anak" , bolehlah apply sekolah- sekolah lama Abg Hafeez Zainal Abidin dan Abg Hakeem Zainal Abidin iaitu SMU(A) Bustanus Saadah, Morak, Tumpat, Kelantan dan Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan.
Kedua-duanya insyaAllah sekolah yang baik, dan Alhamdulillah, Abg Hafeez menjadi sebegini hasil daripada tarbiah dan pendidikan kedua buah sekolah ini.
Bagi yang tinggal di luar negeri, eloklah hantar di Maahad Muhammadi Lelaki kerana ada perkhidmatan asrama di sana. Bagi yang tinggal mungkin sekitar Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Tumpat dan kawasan sekitarnya, boleh juga pergi ke SMU(A) Bustanus Saadah (tapi di sini tiada asrama ya.) Sekolah ini berhampiran sangat dengan rumah saya.
Bagi yang menginginkan pendidikan tahfiz, walaupun keduanya bukan sekolah tahfiz yang umum, tapi ada disediakan kelas tahfiz secara khusus bagi yang mahu.
Saya dan Abang saya Hakeem pergi ke SMU(A) Bustanus Saadah dari form 1 - form 3 dan kemudian berpindah ke Maahad Muhammadi Lelaki ketika form 4 dan form 5.
Alhamdulillah, sekarang kami berdua sedang belajar di UIAM bersama-sama hehe.
Apa-apa pun, ni just sebagai cadangan dan support kepada sekolah lama. I mean, every one have the right to love their old school right?
Apa-apa pun buat istikharah elok-elok. Your future depends on you!
Yang tak dapat 5A tu, jangan risau. Ramai je kawan Abg di SMU(A) Bustanus Saadah masuk sekolah tu dengan result UPSR 5C, 5B, bahkan ada D dan F. Tapi in the end, dengan usaha dan iltizam serta didikan para guru (khususnya Sir Sayuti Husain! Murabbi kesayangan 😁😊) , ramai yang dapat 9A, 8A, 7A dan sbgnya, Alhamdulillah.
Tambahan lagi, ana amat menyayangi sekolah-sekolah di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan. Ada Maahad, ada SMU(A).
Dari sudut akademik, pada awal masuk, mungkin agak terbeban dengan 21 Subjek! (Agama + Akademik) Bayangkan, form 1 dah kena belajar Nahu, Feqah serta kena mula menghafal Hadis, Tafsir dan lain2. Tapi sebenarnya sangat berbaloi dan best sebab kesemua itu kita boleh amalkan dalam kehidupan dan secara peribadi ana sendiri masih ingat lagi walaupun bukan semua pelajaran semasa berada di Tingkatan 1. YIK amat mementingkan kecemerlangan akhlak dan akademik. Bagi saya, saya amat terhutang budi dan menyayangi kesemua asatizah, para guru, murabbi dan murabbiah dari SMU(A) Bustanus Saadah dan Maahad Muhammadi Lelaki.
Nak talaqqi kitab-kitab pun ada, masing-masing sekolah menyusun kelas tafaqquh fid din sendiri.
Dari sudut tarbiah pula, kita ada usrah, tamrin, program qiamullail dan akan ada Naqib/ah dari kalangan Abang-Abang (dan Kakak-Kakak jika smu(a) bustanus saadah) yang akan bimbing dan jaga adik-adik! Tidak lupa juga kepada sokongan daripada pihak ALUMNi sekolah yang sentiasa turun padang untuk bersama-sama untuk menolong adik-adik sekiranya perlu. 😁
Dari sudut bi'ah dan suasana, adik-adik akan dilatih memakai kupiah dan tudung labuh serta didedahkan dengan pelbagai program keagamaan.
Biarlah orang nak kata apa pun dekat sekolah kami, tapi kami warganya amat menyayangi kedua sekolah ini.
Apa yang penting, ingatlah pergi mana-mana pun jangan tinggalkan agama. Bukan nak cakap lebih atau tazkirah atau lecture sal agama, tapi like it or not hakikatnya, KITA BAWA AGAMA ISLAM di mana jua kita pergi.
Last but not least, buat pilihan yang terbaik! Your future (or your children's) depends on your choice 😊



SMU(A) Bustanus Saadah, Morak (2012). Sekarang ini sudah mempunyai masjid.

Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu.


And not to forget, tahniah lah juga kepada adik-adik dan guru-guru dari sekolah rendah lama saya iaitu Sekolah Kebangsaan Dato' Haji Zainuddin, Serdang, Kedah (2004-2006) dan Sekolah Kebangsaan Palekbang, Tumpat, Kelantan (2007-2009). Tak tanya lagi result di sana macam mana ni, hopefully excellent n_n
P/s: Maaf lah kalau kualiti gambar yang dilampirkan kurang kualiti. Nak tahu lebih lanjut mai tengok sendiri atau PM.
Choose well.
Sincerely,
Mohammad Hafeez Bin Zainal Abidin, CFS IIUM, Petaling Jaya, Selangor
ALUMNi SMU(A) Bustanus Saadah (ALBANA) & ALUMNi Maahad Muhammadi (AMAL)

SMU(A) BSM & MML Fi QULUBINA ~~~

Friday, 13 November 2015

Humanity at Stake


Sejak kebelakangan ini, dunia digegarkan dengan kejadian "Paris Terror Attack" . Hampir seluruh dunia berbicara mengenainya, from "Who's wrong" and "Who's right" to "Show support"

Apa yang aku dengar

- Tiga pasukan pengganas mengadakan serangan yang diselaraskan di enam lokasi di seluruh Paris pada Jumaat, yang termasuk sebuah dewan konsert, Stade de France dan sekurang-kurangnya dua restoran, pendakwaraya Paris Francois Molins semalam.

- Molins berkata sekurang-kurangnya 129 orang terbunuh dan 352 cedera dalam serangan itu. Sembilan puluh sembilan yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan yang sangat serius, katanya.

- Molins berkata tujuh pengganas terbunuh, satu kurang daripada bilangan ISIS mendakwa yang terlibat.

Sumber, CNN


Aku pada awalnya tidak tahu mengenai kejadian ini, hinggalah di Facebook ada option untuk letak temporary profile picture seiring dengan ramai yang menukar DP mereka dengan meletakkan bendera perancis atas gambar yang sedia ada.

Lalu terus timbul persoalan dalam diri aku, "Are the world blind?"

Everyday I heard of killing, murdering, massacring and deaths of thousands of innocent men, women, elderly folks and children in the Middle East, and the world just put on earphones to ignore and act as if nothing serious was going on.

And now Facebook itself has proven a symbolic meaning to France as an act of solidarity.

Perancis sahaja? What about Syria? What about Palestine? What about Egypt? What about those guiltless women and children bombed and shot every single day?

'
Don't get me wrong, aku juga solidariti bersama Perancis, sebab aku memang benci kepada keganasan, be it from Muslims or Non-Muslims.

Tapi aku lebih sedih kerana kita terlalu bermain dengan isu. Aku tidak bersetuju dengan keganasan yang berlaku ini tetapi the West patut belajar something daripada peristiwa ini - Mereka memulakan peperangan. Jadi tanggunglah akibat nya.

The ISIS won't be existed if all mankind coexist peacefully and with harmony and prosperity.




Bagi aku, ini bukan soal National Security semata. Mereka sepatutnya berfikir lebih jauh.

Saturday, 31 October 2015

UCAPAN DASAR MUKTAMAR SANAWI BADAR KALI KE 1

UCAPAN DASAR
AMEER MAJLIS SYURA BADAN DAKWAH & TARBIAH (BADAR)
SESI 2014/2015
Muktamar Tahunan BADAR ke - 1
"RABITHAH UKHUWAH TERAS KE'IZZAHAN JEMAAH"

الحمدلله رب العالمين والصلاة و السلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين سبحانك لا علملنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم. قال رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واخلل عقدة من لساني يفقه قولي

1.  Yang Dihormati, Pengerusi Tetap Muktamar Sanawi BADAR kali ke-1 2015. Yang Berbahagia, dif-dif Kehormat, Yang Disanjungi saudara Pengerusi, saudari Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung, Timbalan Setiausaha Agung, Bendahari Kehormat, Timbalan Bendahari Kehormat, pencatat minit dan pemeriksa kira-kira, saf exco-exco, para perwakilan dan pemerhati, wakil badan pengawas, wakil tanzim jilul serta tidak dilupai para Bentara yang disayangi sekalian.
2.  Alhamdulillah, pada hari ini, marilah kita bersama-sama memanifestasikan setinggi-tinggi tanda kesyukuran kita terhadap Allah swt, yang telah memilih kita dalam khalayak yang lain untuk melansungkan dan menjayakan perjalanan dakwah dan tarbiyah di bumi Saadah ini.
3.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, kerana disebabkan pengorbanan dan perjuangan baginda dapat kita sama-sama berhimpun dalam satu ikatan yang kukuh, iaitu ikatan kekeluargaan yang hanya dapat dirasai kelazatan dan kemanisannya oleh mereka yang bergelar umat baginda. Andai Rasulullah saw dapat melihat kita pada hari ini, adakah baginda akan kecewa atau gembira dengan perjuangan kita? Tepuk dada tanya iman.
4. Di samping itu, ana amat mengalu-alukan kehadiran seantero para muktamirin sekalian dengan ucapan Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum serta saya berdoa kepada Allah swt agar kehadiran dan perhimpunan kita ini akan menjadi saksi di akhirat kelak. Semoga segala jua sumbangan yang kita curahkan baik dari segi tenaga, masa dan wang juga akan menjadi bukti dan saksi bahawa kita masih teguh berdiri membela agama kita pada hari akhirat kelak.

6. SEJARAH PENUBUHAN BADAR

Sidang muktamirin yang dikasihi sekalian,

Badan Dakwah dan Tarbiah (BADAR) bukanlah suatu jemaah yang baru. Malah, pada tahun ini telah baru sahaja mencapai ulang-tahunnya yang ke-5. Relevan dasar penubuhannya, semestinya untuk menjalankan kegiatan dakwah dan tarbiah , selain ingin melatih para pimpinannya dalam memimpin dan berorganisasi.
Saya merupakan antara mereka yang terawal menyaksikan penubuhannya, di mana apa yang saya nampak dasar hakikat penubuhan suatu badan dakwah itu adalah untuk mewujudkan satu talian generasi, di mana satu generasi menyambung perjuangan generasi sebelumnya.
Pada awal fasa permulaan penubuhananya, badan ini telah dipengerusikan oleh saudara Mohammad Hakeem Bin Zainal Abidin, di mana pada ketika itu beliau masih berada di Tingkatan 3. Pada ketika itu, nama badan dakwah yang diberi ialah BADIM yang bermaksud Badan Da'ie Intektual Islam. Semasa era pemerintahan beliau, BADIM berada di bawah pemantauan Ustazah Salehah. Pada tahun beliau juga beberapa program tarbiah berjaya dijalankan di sekolah ini seperti tamrin qiamullail. Selain itu, saudara Hakeem juga berjaya mewujudkan suatu fail BADIM bagi memudahkan gerak kerja bagi gerakan dakwah di sini.
Pada tahun 2015 ini, dengan izin Allah BADAR mengalami suatu perubahan yang besar dari segi tanzim dan pengurusannya. Alhamdulillah, bersama para sahabat saya telah berjaya merangka suatu guidelines yang khusus yang dikenali sebagai Perlembagaan atau Manhaj BADAR, di mana didalamnya tertera dan termaktub segala sistem tarbiyah yang berjalan di bumi Saadah tercinta kita. Antaranya, kami telah mewujudkan satu tanzim yang dikenali sebagai Majlis Syura BADAR yang diletakkan di bawah kelolaan ALBANA iaitu Alumni SMU(A) Bustanus Saadah sendiri daripada generasi kami.
Wajarnya juga, apa yang kami nampak ialah pemerkasaan nuqaba' itu sendiri. Jadi, kami mewujudkan tanzim-tanzim bagi setiap jilul atau generasi dari kalangan nuqaba' bagi meneruskan legasi perkaderan yang kita semua impikan ini.
Pada tahun ini juga, kita semua dapat menyaksikan pelbagai program tarbiah dan tamrin yang telah dijalankan dengan kerjasama semua pimpinan semasa SMU(A) Bustanus Saadah. Kami juga nampak bahawa fasa permulaan tarbiah adalah pada suatu usia yang muda jadi kami telah merangka liqa' mingguan bagi adik-adik tingkatan 1 dan 2 yang kami lihat sebagai tunas-tunas kader Islam yang bakal membesar dan meneruskan legasi perjuangan ini.
Apa yang menggembirakan hati kami ialah sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir sendiri dalam membumikan tarbiah di bumi Saadah, di mana mereka tidak jemu dan tidak lekang untuk turun padang dan sentiasa bersama-sama kita semua dalam merealisasikan matlamat murni kami.

RABITHAH UKHUWAH TERAS KE'IZZAHAN JEMAAH
7. MEMBENTUK RABITHAH UKHUWAH

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu berokeh rahmat." (Al-Hujurat :10)
Rabithah ialah perkataan yang terbit daripada "ribat" iaitu ikat. Ikat bererti menyimpul suatu simpulan dengan kuat, teguh agar tidak longgar atau terputus. Rabithah sendiri bermaksud ikatan.
Ukhuwah pula merupakan persaudaraan, atau dalam erti kata yang lain ialah persaudaraan yang dijalinkan atas dasar aqidah yang sahih ke arah mencapai redha Allah swt.
Apabila dua perkataan ini disatukan, kita dapat simpulkan bahawa ikatan atau jalinan persaudaraan mempunyai hubungan dan berkait rapat. Saya lebih selesa menggunakan istilah ikatan kekeluargaan, kerana bagi saya, istilah ini lebih mesra dan dekat.
Ini kerana ukhuwah merupakan aspek yang paling penting dalam perjuangan. Mana mungkin suatu perjuangan itu dijalankan tanpa adanya ikatan kekeluargaan yang utuh. Lihatlah pada sirah Nabawiyyah di mana Rasulullah saw mengikat hati-hati sahabat sebelum dilepaskan di medan pertempuran yang sebenar dan hakiki.
Mereka sanggup sakit kerana sahabat. Mereka sanggup penat dan lelah demi sahabat. Bahkan. mereka juga sangguh mati kerana sayangnya pada sahabat. Ironinya, semua ini berlaku kerana hati-hati mereka telah terikat dengan suatu ikatan aqidah yang hebat!
Apakah kita mampu mencapai tahap sebegitu?
Firman Allah dalam surah Al-Imran, ayat 103, "Dan berpegang teguhlah kamu, semuanya pada tali agama Allah, jangalah bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikian, Allah menerangkan ayat-ayatnya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."
Di sini saya ingin menggariskan 4 jenis Rabithah .
Yang pertama ialah Rabithah Maslahiyyah iaitu ikatan atau berhimpunnya manusia untuk suatu maslahat yang tertentu dan sama. Ikatan ini akan hilang dan terputus apabila maslahat itu pudar atau sudah tiada. Misalnya, apabila dua insan berkahwin keran kecantikan rupa paras, maka perkara itu tidak akan berkekalan lama kerana kecantikan itu akan pudar apabila semakin tua.
Yang kedua ialah Rabithah Wathoniyah atau Asobiyah iaitu ikatan nasionalisme di mana mereka bersatu hanya kerana agama, bangsa atau kasta, atau wilayah tertentu. Ikatan ini tidak boleh diamalkan keran membawa sifat "selfish dalam berukhuwah." Contohnya, sekiranya masyarakat Islam Malaysia terlalu mengamalkan ini, maka mereka tidak akan mengambil peduli terhadap saudara mara di Palestin kerana hanya mementingkan saudara di negara sendiri.
Yang ketiga ialah Rabithah Ruhiyah bilaa Nidzom iaitu ikatan keagaamaan tanpa sistem yang mengatur manusia. Agama Islam telah menggariskan sistem yang tertentu dalam kalangan penganutnya. Maka apabila tidak mengikut sistem itu, maka rosaklah ikatan itu. Tamsilnya, sebuah keluarga Islam ingin mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Namun mereka hanya mahu menjemput mereka yang berkupiah, berpakaian jubah, bertudung labuh dan berniqab sahaja. Tindakan ini bias dan tidak sepatutnya diamalkan.
Yang keempat dan terakhir ialah Rabithah Mabda'iyah. Inilah ikatan yang dimahukan dalam Islam iaitu ikata ideologi atau matlamat yang sama. Iaitu kita boleh katakan juga sebagai  rabithah aqidah atau ikatan aqidah di mana kita bersatu kerana Allah dan Rasulullah. Ikatan ini tidak terhad kepada bezanya warna kulit, bahasa, agama, dimensi dan runag serta masa dan lain-lain.

Para hadirin yang saya hormati,

Saya sudah jelaskan tentang rabithah. Seterusnya, ingin juga saya tidak melepaskan peluang untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang konsep ukhuwah.
Sebelum intu, ingin saya ungkapkan kata-kata yang dipetik dari As-Syahid Imam Hasan al- Banna, kata beliau, "Terikatnya hati-hati dengan ruh-ruh ini dengan ikatan aqidah, kerana aqidah itu adalah paling kuat dan mahal. Ukhuwah itu saudara iman dan perpecahan ialah saudara kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan dan tidak akan wujud tanpa kasih-sayang. Serendah-rendah ukhuwah ialah berlapang dada dan setinggi-tingginya ialah ithar."
Ukhuwah mempunyai tiga peringkat iaitu yang pertama ialah Salamatul Sodri  atau Husnu Dzon, Al-Musawamah dan Al-Ithar.
Salamatul Sodri bermaksud berlapang dada manakan Husnu Dzon membawa erti bersangka baik. Kedua-dua ini membawa takrif yang sama. Dalam bersahabat, kita tidak boleh lari dari perasaan kurang senang atau terasa hati dengannya. Demi menjaga ukhuwah dan hati kita dan dia, mak hendaklah kita berlapang dada dengan bersangka baik terhadapt sahabat kita. Sekiranya sahabat kita berkehendak kepada teguran, gunakanlah medium atau pendekatan yang terbaik sesuai dengan keadaanya. Jangan sesekali su'udzon atau bersangka buruk kerana sifat itu mampu memecahkan hati yang bersatu.
Sementara itu, Al -Musawamah bererti persamaan bersama mengharungi kesenangan dan kesusahan. Dalam tahap ini, kita sudah mampu bertolak ansur dengan sahabat. Hinggakan apa yang kita ada, kita akan pastikan sahabat kita juga ada. Perkara ini boleh dilihat dari segi nilai.
Al-Ithar pula ialah mendahulukan kepentingan sahabat daripada diri sendiri. Maksudnya, kita mendahulukan sahabat kita lebih dari diri sendiri.
Suka saya ingin ceritkan tentang sifat ithar ini dalam suatu sirah ketika dalam suautu peperangan yan gmana ada tiga orang sahabat yang tercedera dalam peperangan tersebut. Pada waktu yang sama, mereka semua dahagakan air. Ketika sahabat yang pertama dihulurkan air kepadanya, dia mendengar sahabat kedua disebelahnya juga dalam keadaan memerlukan air, lalu sahabat pertama ini menolak minuman itu lalu meminta agar air itu diberikan kepada sahabat di sebelahnya itu.  Sama juga keadaannya dengan sahabat yang kedua memberi air itu kepada sahabat yang ketiga dan kerana itu, ketiga-tiga mereka telah syahid dalam peperangan tersebut. Walaupun mereka dalam keadaan sungguh memeritkan, masih mereka mengutamakan sahabat mereka. Inilah peringkat tertinggi dalam berukhuwah.
Marilah kita sama-sama refleksi diri ini dengan melihat apakah kita benar-benar mengamalkan dan menghayati ungkapan, "Ukhuwah fillah abadan abada mahabbah ilal Jannah" ? Sama-sama muhasabah.
Bahkan, hebatnya suatu ukhuwah itu sehinggkan kita boleh katakan kepada sahabat, "Sekiranya kamu jatuh ke dalam neraka, aku akan sanggup untuk terjun dan mencapai kamu sehingga kita dapat bersama di syurga!" Allahuakbar.

'IZZAH JEMAAH DENGAN MANTAPNYA IKATAN UKHUWAH

Sidang muktamirin budiman sekalian,

Gemilangnya sebuah jemaah apabila hati-hati ahlinya diikat ibarat hakikat sebuah keluarga darah daging sendiri. Sesungguhnya kemartabatan Islam tidak akan tertegak dengan usaha individu dan sendiri sahaja sebaliknya hasil gerak kerja bersama.

8. ELEMEN UTAMA HARUS DITITIKBERATKAN OLEH AHLI BADAR.

8.1  Sinergi AHLI BADAR dengan TANZIM PENGAWAS

Mutakhir dan sejak kebelakangan ini, saya nampak suatu penyakit kronik dan barah yang semakin lama semakin parah bahkan berjangkit dalam jemaah BADAR sekiranya tidak dicegah dan dirawat. Masalah yang berlaku itu ialah jurang dan perselisihan pendapat terutamanya dalam Tanzim Utama BADAR dan Badan Pengawas.
Bahkan, perkara ini berlaku sejak zaman yag lalu lagi dan menjadi turun temurun sejak akhir-akhir ini. Ingin saya jelaskan bahawa kita perlu ingat kembali hadaf dan matlamat kita dalam kepimpinan. Apakah kalian sudah lupa kalian semua mempunyai matlamat yang sama, iaitu membina bi'ah solehah dan hasanah di bumi Saadah?
Ingatlah, kalian berhubungan kerana ingin mendokong dan memperjuangkan agama Allah! Sebab itu kami mengambil inisiatif dengan memastikan setiap pengawas yang terpilih adalah daripada kalangan Nuqaba', dengan harapan, semua menyedari bahawa mereka ialah ahli BADAR. Apa yang membezakan hanyalah tugas khusus dalam tanzim masing-masing. Bahkan, saya amat berharap agar proses kader dan penapisan pemilihan ini diteruskan sampai bila-bila.

8.2  Hubungan Jilul sesama Jilul

Seterusnya juga ialah hubungan jilul sesama jilul atau generasi sesama generasi yang lain. Apa yang saya dapati juga ialah doktrinasi antara jilul. Masing-masing mahu mengaggap merekalah yang terbaik. Lebih-lebih lagi, mereka merendahkan jilul yang lain. Tidak cukup dengan kita, semangat ashobiyah mereka diturunkan terhad kepada adik-adik jagaan mereka sahaja! Benarlah, kita mewujudkan sistem jagaan yang bertujuan untuk memberi peranan kepada Nuqaba' tingkatan masing-masing, sebagai contoh, Tingkatan 3 menjaga Tingkatan 1, dan Tingkatan 4 menjaga Tingkatan 2 dan seterusnya. Ada segolongan yang menganggap amanah mereka hanya terhad kepada itu dan mereka hanya memfokuskan adik-adik jagaan mereka sahaja dan tidak mengambil peduli langsung dengan generasi adik-adik yang bukan berada dalam jagaan mereka.
8.3 Hubungan Pimpinan dengan Pelajar Biasa

Sahabat-sahabatku sekalian yang dimuliakan oleh Allah,
الأمانة هي تكليف ولا تشريف
"Amanah itu bebanan, bukan kemuliaan."
Ingatlah, kamu dipilih menjadi pimpinan bukan semata-mata dipilih oleh guru atau abang-abang dan kakak-kakak. Kalian dipilih oleh Allah, maka laksanakannya dengan sebaiknya. Dalam masa yang sama, hormati mereka yang tidak dipilih kerana Allah menaruh tempat yang lebih baik dan utama kepada mereka. Jangan keran dipilih menjadi pemimpin, kita berasa megah dan mampu menindas orang yang lebih bawah.
Jagalah amanah, dalam masa yang sama, jagalah ukhuwah. Menjadi pemimpin bukanlah alasan untuk kita meminggirkan sahabat-sahabat yang lain. Teruskan berhubungan dengan mereka macam biasa, tetapi ingatlah juga batasan sebagai pemimpin iaitu menjadi qudwah atau contoh yang baik. Kenapa kita masih lagi boleh beralasan bahawa menjadi pemimpin mengongkong kita daripada melakukan perkara yang kita suka atau dilarang sedangkan Allah menuntut kita melakukan kebaikan setiap masa.

8.4 Sinergi Pimpinan Dengan Guru

Ini merupakah antara hubungan yang terpenting kepada Ahli BADAR. Jangan terlalu fokuskan gerak kerja sehingga melupakan matlamat asal utama kita menghadiri sekolah iaitu kepentingan akademik sendiri.
Dakwah semestinya nombor satu, kerana ia merupakan tuntutan Allah dan Rasulnya, tetapi akademik bukan nombor dua. Biarlah keduanya bergerak seiring dan dengan izinNya, pasti akan tertegak Islam dengan syumul atau menyeluruh di bumi Saadah. Apabila bercakap mengenai akademik, semestinya kita membicarakan tentang keberkatan ilmu. Apabila bercakap tentang ilmu, semestinya berkehendak kepada guru.
Muktamadlah bahawa guru ialah insan yang wajib dihormati dan ditaato. Sering berlaku dalam kalangan pelajar mempunyai kontradiksi dalam perhubungan dengan guru. Usah memberontak dan melawan guru, bahkan cuba berlapang dada dan menerima segala teguran dan nasihat mereka. Keberkatan ilmu terdapat pada keredhaan seorang guru. Usahalah untuk perbaiki hubungan dengan guru.
Selain itu, jangan juga lupa hubungan kalian terhadap warga Bustanus Saadah yang lain seperti kerani sekolah, pentadbir sekolah dan kerani sekolah. Bak kata pujangga, hormati yang tua, sayangi yang muda.
Apabila keempat elemen atau aspek ini disatukan, maka akan wujudlah suatu sinergi yang diapanggil wehdatul fikr iaitu kesatuan fikrah atau pemikiran yang akan membawa kepada wehdatul amal iaitu kesatuan amal atau gerak kerja.

9. PERKADERAN TUNAS JEMAAH

Perkaderan adalah suatu proses atau metod untuk melatih pelapis dan ahli untuk menggantikan pimpinan-pimpinan jemaah yang akan datang. Utuhnya sebuah bangunan kerana asasnya yang kukuh. Begeitu juga dengan jemaah. Kuatnya sebuah jemaah dengan mantapnya perkaderannya yang sistematik. Tanpa adanya sistem perkaderan yang baik, maka boleh merosakkan keseluruhan institusi kepemimpinan dan generasi seterusnya.
Apabila melihat kepada waqi' atau situasai Bustanus Saadah sendiri, mungkin dari kalangan kalian akan bersetuju apabila saya berkata bahawasanya kita sering mengalami masalah dan kekhilafan dalam memilih pimpinan akan datang. Perkara ini sudah terbukti sejak dahulu lagi. Ini merupakan penyakit kronik yang sangat berbahaya kepada jemaah khususnya, dan kepada sekolah amnya, kerana membawa implikasi besar dalam kepimpinan. Apabila melatakkan seseorang bukan pada tempatnya, mungkin dapat membawa kekalutan dan kemerosotan dalam berorganisasi. Benarlah, bukan pada kita untuk menghukum seseorang, tetapi kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki sistem kepimpinan yang sedia ada agar memudahkan generasi berikutnya serta membantu pentadbiran sekolah ini sendiri.
Justeru, kami telah mewujudkan suatu manhaj perkaderan yang khusus, di mana bermula dari Jilul Tingkatan 1 lagi, iaitu pada minggu orientasi lagi mereka sudah didedahkan dengan dakwah dan tarbiyah derta ditapis dan dikader ke tahap yang lebih tinggi sehingga terpilih menjadi Nuqaba'.
Misalnya, kami mewujudkan sistem tanzim, sistem jilul, sistem mas'ul dan lain-lain. Ini supaya dapat memastikan kesinambungan dakwah dan tarbiyah di bumi Saadah terus berjalan walaupun beralihnya generasi.

10. TAAT DAN WALA' TERHADAP PEMIMPIN

Wahai sahabat seperjuangan yang dirahmati Allah sekalian,
Taat dan Wala'  mudah disebut sebagai adab antara qiyadi dan jundi atau pimpinan dengan ahli. Perbezaan antara keduanya ialah taat bererti taat kepada perintah dan suruhan mutlak daripada Allah swt, maka haram dan berdosa sekiranya kita melanggar dan mengingkarinya. Adapun wala' membawa maksud wala' kepada pimpinan yang mana tidak mempunyai satu tuntutan yang mutlak. Mungkin sahaja arahan pemimpin itu ada perkaitannya dengan urusan agama atau tidak, teapi masih lagi mengikut batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara cara pengaplikasiannya ialah:
a) Menjaga adab semasa bercakap dan berbincang
b) Memberi penghormatan dan penghargaan
c) Berbincang dan menegur dengan berhikmah, bukan mengumpat sesama ahli
d) Berbaik sangka
e) Bertukar nasihat di antara pimpinan dan pengikut
Kata Saidina Umar :
لا إسلام إلا بالجماعة ولا جماعة إلا بالقيادة ولا قيادة إلا بالطاعة


Mafhumnya : tidak akan adanya Islam melainkan dengan adanya jemaah dan tidak akan adanya jemaah tanpa adanya kepimpinan, dan tidak wujudnya kepimpinan tanpa adanya ketaatan.
Berdasarkan kata-kata beliau di atas, maka fahamlah kita bahawa dengan wujudnya kepatuhan sahajalah yang akan melancarkan lagi pergerakan sesebuah organisasi itu. Satu-satunya cara bagi memupuk sifat wala' dalam diri ahli dan pimpinan adalah dengan membuang jauh sifat egoistik dalam diri kita. Sifat ego yang tinggi dalam diri seseorang itulah sebenarnya yang memakan diri daripada mendengar nasihat dan teguran baik dari orang atasan atau bawahan. Belajarlah untuk kurang berdebat tanpa keperluan dan menerima teguran dengan penuh hikmah.

11. WARGA BUSTANUS SAADAH MENERAJUI KECEMERLANGAN AKHLAK DAN AKADEMIK.

Semestinya dan tidak dinafikan lagi, semua sudah terbiasa mendengar ungkapan ini. Maka apakah tuan puan sekalian tidak menghayatinya?
Sesungguhnya, apa yang diimpikan oleh pihak pentadbir sekolah seharusnya menjadi matlamat kita semua juga, iaitu ingin mencapai kecemerlangan dalam sahsiah dan pelajaran. Bercakap tentang akademik, sudah tentu cara untuk menilainya adalah dengan pencapaian dan keputusan dalam peperiksaan. Bagi saya, akademik merupakan suatu aspek yang sangat penting bagi para du'at. Ini kerana wujudnya tsiqah yakni kepercayaan antara pimpinan dan guru serta pelajar biasa apabila pimpinan mendahului dalam pencapaian. Jangan sesekali jadikan BADAR sebagai alasan untuk kita terus sibuk tanpa mementingnya kecemerlangan dalam akademik, hinggakan menjadi fitnah bagi yang lain. Dalam masa yang sama, keutamaan akhlak juga haruslah seiring.
Al-Qudwah Qabla Dakwah, iaitu menjadi tauladan sebelum berdakwah. Hal ini demikian kerana pentingnya keperibadian seseorang itu hinggakan menjadi contoh itu merupakan uslub terbaik untuk berdakwah. Amat malang dan rugi sekali sekiranya seseorang itu mendapat prestasi yang baik dalam peperiksaan tetapi akhlak tiada sekali, apatah lagi mereka yang tidak mendapat kecemerlangan dalam akademik dan tidak berakhlak.


PENUTUP

Khuslasahnya, sebelum saya menoktahkan ucapan saya, saya mewakili pihak muktamar dan pimpinan amnya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah berjaya melansungkan majlis kita pada hari ini serta telah banyak berjasa dan berkorban dalam mengemudi BADAR dan kepemimpinan pelajar di SMU(A) Bustanus Saadah. Saya sentiasa mendoakan agar Allah swrt menerima segala amalan usaha yang telah kita curahkan kepada bumi tarbiah tercinta kita ini.
Ingatlah dan yakinlah bahawa kepimpinan bukanlah suatu adat atau pewarisan semata-mata bahkan ia merupakan satu tanggungjawab oleh Allah supaya kita memikulnya dengan sebaik mungkin.
Firman Allah Taala, "Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya."
Justeru, amat besar harapan kami agar pimpinan yang akan naik mengganti tempat kami untuk terus mengemudi BADAR dengan jayanya, bahkan lebih baik daripada kami.
Akhir kalam, ingatlah wahai teman dan sahabat seperjuangan sekalian,
 ."
Siru ala barakatillah
Sekian, terima kasih. Semoga Allah redha.

***RABITHAH UKHUWAH TERAS KE'IZZAHAN JEMAAH***

***KEPEMIMPINAN DAN KEPRAJURITAN ASAS DAN PENCETUS KEGEMILANGAN ISLAM***

18 Muharram 1437H bersamaan 31 Oktober 2015M





Monday, 19 October 2015

Fastaqim kama Umirta!

FASTAQIM - HIMPUNAN 60K


Kita berjuang bukan kerana manusia dan pemimpin. Tetapi kerana kita punya hadaf & fikrah perjuangan yang jelas. Tsabat dan istiqamah insyaAllah.

Gembira dapat berkhidmat atas jalanNya.


Antara saff sukarelawan Fastaqim 

Terbaik Ustaz Nasruddin! :)


Pengurus Acara

Sempat berjumpa adik-adik Maahadi



Time inilah nak berkhidmat untuk negeri tercinta Kelantan Darul Naim. Lepas ini kena balik UIA kembali...Allahu..


Sunday, 4 October 2015

Hakikat Sirr Wa Hazar

- Dipetik dari kata-kata dan luahan seorang sahabat, khusus bagi mereka yang berusrah dan berjemaah -


Sahabat, dahulu kukenali kau sebagai seorang yang baik, riang, peramah dan sentiasa mengajakku untuk bersama.
Sahabat, dahulu kau seorang yang sangat rajin, bangun awal pagi, baca Al-Quran, ulang kaji bersama.
Sahabat, dahulu bila kau keluar, pasti kau akan ajak aku, atau paling kurang, memaklumkan aku dahulu ke mana tuju kamu.
Sahabat, dahulu kalau ada "talk", atau seminar atau program-program tarbawi, kau pasti akan ajakku bersama.
Sahabat, dahulu kalau tiba hari jadiku, pasti paling kurang akan ku dapat ucapan, atau sambutan, tidak lupa sepotong kek atau hadiah yang cantik.
Sahabat, dahulu kau seorang yang tidak suka berdebat. Andai satu khilaf atau perbezaan pendapat berlaku, kau lebih banyak senyap daripada berbicara.
Namun sekarang, "sahabat" yang kukenali telah lama hilang.
Kini, aku jarang melihat kamu senyum kepadaku seperti dahulu. Kau bukan lagi seorang yang ceria dan gembira.
Kini, aku tidak lagi mendengar alunan al-quran kerap seperti biasa. Subuhmu juga harus kukejut , tidak semudah macam yang lalu.
Kini, kau sentiasa keluar dalam keadaan senyap. Kau sangka ku tidak perasaan, namun sifat "sirr" kamu tidak dapat disembunyikan.
Kini, aku nampak kau sering bersama "sahabat-sahabat" lain. Jujur aku cemburu, kerana aku rasa aku dipinggirkan daripada halaqahmu.
Kini, aku perasan yang kau kerap memberi hadiah kepada mereka. Kau seolah telah lupakan aku.
Kini, kau seorang suka yang berdebat. Pantang seorang menyanggah mu, kau selalu cuba untuk menang dalam percakapan.
Aku ternampak gambar-gambar riangnya kamu bersama mereka.
Hebatnya kamu berprogram, berrehlah, berjaulah, berdaurah bersama mereka.
Hanya kerana USRAH. Hanya kerana JEMAAH.
Sahabat, aku tahu apa itu usrah. Aku tahu apa itu jemaah. Aku tahu apa itu konsep Sirr wa Hazar.
Tapi, sedarkah kamu bahawa, kamu membawa FITNAH.
Kamu memberi persepsi yang buruk kepada usrah kamu. Kamu sentiasa berahsia denganku, sedangkan aku sahabatmu.
Aku tengok rak bukumu, penuh dengan ilmu dakwah. Manakah "maza ya'ni" mu? Manakah generasi As Syahid Imam Hasan Al Banna yang kalian bincangkan untuk cetak?
Aku pernah korek dek kerana terlalu curiga dan perasaan ingin tahu.
Kalian membincangkan hal-hal ummah. Kalian bincangkan tentang sahabat yang lain. Tapi dalam waktu yang sama , kalian MENGUMPAT! Kalian MENCACI! Hanya kerana mereka buat salah atau berlainan fikrah! Munaqashah kalian tidak seiring tindakan kalian!
Kalian lupa dan alpa, bahawa kalian telah meletakkan USRAH dan JEMAAH mengatasi UKHUWAH!
Kalian ada keluarga yang baharu. Kalian lupa akan yang dahulu. Bukan rintisan aku sahaja, malah sahabat yang lain perasan.
Ini luahan supaya kamu, dan kalian mengambil iktibar. Aku faham mengapa sesetengah tindakan perlu dirahsiakan. Tapi, jangalah kamu sesekali berahsia sehingga mengguriskan hati sahabatmu! Janganlah meletakkan kalian golongan esklusif.
Kerana apa? Ketahuilah sebenarnya kalian masih belum faham.
Andai benar konsep Sirr dihadam, maka kalian tak akan timbulkan keraguan sebegini.
Bukanlah di sini bermakna aku menghentam usrah atau jemaah. Tapi sebagai iktibar bahawa jangalah menimbulkan fitnah.

Akhir bicara , ketahuilah sahabat. Aku masing sayangkanmu. Aku masih merinduimu. Tapi KAMU YANG DAHULU. Semoga Allah memberi hidayah kepadamu, dan kalian semua....

Tuesday, 29 September 2015

Dakwah: Antara Redha Allah dan Redha Manusia

Kroniknya ummah kita kerana terlalu "taksub" dengan pentas dakwah. Seakan dakwah ini, membina personaliti, persepsi, dan 'izzah terhadap diri .
Siapa yang lebih banyak penonton, pelawat, pengikut, peng"like", dialah yang paling layak digelar pendakwah, dan patut diikuti, tapi yang paling kecil peminat dan minoriti, dialah yang tak wajar diikuti.
Inilah persepsi masyarakat kita. Seolah-olah menyeru kepada Allah itu "pentas dakwah" semata.
Hasilnya? Lahirnya daie bersifat celebrity. Dijemput kuliah dengan "demand bayaran tertentu". Seakan sang yang menjemput, "membeli agama" dan si pendakwah yang dijemput "menjual agama".
Mungkin agak kasar , tapi ini realiti masyarakat kita.
Teringat kata-kata seorang ustaz (tak ingat nama, tapi syadid orangnya dalam memberi pendapat) ketika sedang menyampaikan kuliah dasar dalam suatu program tarbawi,
"Kuliah yang awak dengar ini dua benda sahaja, sama ada awak lebih kenal Allah atau awak lebih kenal saya. Kalau awak kenal saya lebih lagi dari awak kenal Allah, maka jangan jemput lagi saya untuk sampaikan kuliah."
Allahu. Hinanya pentas dakwah yang dilakar manusia.
Kita menghormati si daie kerana ilmu yang boleh mendekatkan kita kepada Allah. Andai ilmunya lebih menjauhkan kita daripada Allah, maka amat rugilah kita jika terus bersamanya.
Ingatlah, dakwah bukan satu persembahan. Tapi suatu tuntutan.

Peringatan untuk diri ini yang alpa dan leka juga

Gambar hiasan je....time kendali MITHALI'15 BSM (Minggu Rabithah & Kenali Madrasah SMU(A) Bustanus Saadah)

Wednesday, 16 September 2015

Syria Care




Misi Membantu Syria Care done! Bersama sahabat classmates



Kau agak-agak, selamat tak aku drive ni?" tanya Riyadh.
"Mestilah tak. Sebab itu aku pakai seatbelts, " jawab Fadhil Nizam.
Hehe. Usai selesai tugasan packing pakaian untuk Syria Care di Shah Alam bersama classmates (probably after this we won't be together anymore cry emoticon ) , pergi berjalan-jalan ke rumah sahabat and then ke taman bersebelahan dengan Setia City Mall.
Pengalaman balik lewat ke CFS sebab hantar kereta sewa ke uia gombak. Uhhh, never again. Also, thanks to Atif Akram for your crazy driving. Lol.

Jazakallah Riyadh sebab bawa kami keluaq. Jazakallah Fadhil sebab bawa jalan rumah. Jazakallah Atif sebab still drive walaupun pening.

Tuesday, 15 September 2015

AMAL (ALUMNi Maahad Muhammadi) UIA PJ

A.M.A.L adalah pada asalnya singkatan kepada Alumni Maahad Muhammadi Lilbanin/Lelaki. Namun, setelah digabungkan dengan MMP dan MMPPP, 'AMAL' masih lagi dikekalkan bedasarkan singkatan Lil boleh juga digunakan untuk Lilbanat. Selain itu, maksud A.M.A.L itu sendiri ialah cita-cita dalam bahasa Arab. 'AMAL' mempunyai maksud yang sangat dalam jika dihayati dengan sepenuh hati. 'AMAL' bermaksud suatu cita-cita untuk menyatukan generasi Maahad dalam kesinambungan ukhuwwah yang berterusan, di bawah naungan Islam yang syumul, berpaksikan penerusan dakwah dan tarbiyyah yang tiada noktahnya, insyaALLAH.

AMAL boleh dikatakan telah wujud di semua kampus di Malaysia (yang ada alumni Maahad), dari matrikulasi sehingga ke kampus induk dan swasta. Malah telah diketahui kewujudannya di Al-Azhar Mesir, Queens University Belfast United Kingdom, universiti di Jepun, Jerman, Russia, Jordan, Ukraine, Damsyiq, Madinah, Indonesia dan sebagainya.


Mudah-mudahan, AMAL secara tidak langsung menjadi suatu tambatan akhirat, yakni pusat pelaburan saham akhirat kepada kita semua generasi Maahad dalam berganding bahu menyampaikan seruan Islam kepada seluruh masyarakat khususnya di Malaysia tercinta. Semoga sinar Islam kembali gemilang dan berada di puncak keagungannya yang sebenar. Ingatlah, "Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".



Sahabat-sahabat dari UM, USIM dan DQ pun ada yang hadir!

Lajnah Dnt (Dakwah & Tarbiah)
 















Alhamdulillah, AMAL peringkat kampus kami berjaya mengumpulkan hampir 100 orang alumni serta mampu menganjurkan beberapa program seperti Ifthor, AGM AMAL, SALAM (Sambutan Aidilfitri AMAL), dan AMAL Gathering 1.0 beserta Solat Hajat .

Program kami juga menerima sambutan daripada sahabat-sahabat AMAL dari UIA Gombak, Darul Quran Kuala Kubu Bharu, USIM dan UM.
Adik beradik. Hafeez n Hakeem. #strongertogether

Presiden merasmikan. Hehe

Ada lagi muslimat, dok caro kat makanan


Gimik Perasmian

Dari kiri: Abe Abbas, Aasim dan Afiq Hakimi (my best friend and soul mate maybe haha)

Gabungan 2 generasi AMAL CFS IIUM (SPM G13 & G14)




Presiden AMAL CFS UIA PJ 14/15: Abe Amzar Hadi
Timbalan Presiden AMAL CFS UIA PJ 14/15: Kak Aqilah

Tanzim AMAL sesi 15/16

Presiden AMAL CFS UIA PJ 15/16: Hafeez Zainal Abidin (MML)
Timbalan Presiden AMAL CFS UIA PJ 15/16: Syamimi Mazri (MMP)
Setiausaha AMAL CFS UIA PJ 15/16: Aasim Addli (MML)
Timbalan Setiausaha AMAL CFS UIA PJ 15/16: Fida' (MP3)
Bendahari AMAL CFS UIA PJ 15/16: Amirul Hakim (MML)
Timbalan Bendahari AMAL CFS UIA PJ 15/16: A'aisyah (MP3)

Exco Lajnah Dakwah & Tarbiah AMAL CFS UIA PJ 15/16: Syed (MML)
Timbalan Exco Lajnah Dakwah & Tarbiah AMAL CFS UIA PJ 15/16: Hanifah (MP3)

Exco Lajnah Perhubungan Luar & Teknikal AMAL CFS UIA PJ 15/16: Fariz (MML)
Timbalan Exco Lajnah Perhubungan Luar & Teknikal AMAL CFS UIA PJ 15/16: Hazelin (MMP)

Exco Lajnah Multimedia AMAL CFS UIA PJ 15/16: Shahmi Rofi (MML)
Timbalan Exco Lajnah Multimedia AMAL CFS UIA PJ 15/16: Hanis (MMP)

Exco Lajnah Ekonomi AMAL CFS UIA PJ 15/16: Atif Akram (MML)
Timbalan Exco Lajnah Ekonomi AMAL CFS UIA PJ 15/16: Ainul (MMP)



"AMAL IS NOT ABOUT ME. IT IS NOT ABOUT YOU     NEITHER. AMAL IS ABOUT US."

Sunday, 13 September 2015

Caliph Crews !


Done program Caliph! Thank you abg2 dan kakak2! Lama dah tak merasai program tarbiah sebegini.

"Rela Ditarbiyyah dan Mentarbiyyah"

Sahabat kesayangan UIA
Dari kiri: Hakim, Hakim II, Hafeez, Husni
Kami 4 H
Hehehehe


"Sahabat yang baik adalah apabila kita menatap wajahnya, kita akan ingat Allah."
Lama tidak menghadiri program tarbiah sebegini. Terasa kehangatan berukhuwah ketika makan dalam talam. Terasa hamasah menyemarak tika murajaah kembali ilmu-ilmu haraki. 😌😌😌

Wednesday, 9 September 2015

MRCC 15/16 UIA PJ

Salah satu memori yang paling berharga sepanjang berada di bumi UIA PJ ni adalah dapat bersama sahabat-sahabat baru dalam kepimpinan MRC iaitu Mahallah Representative Committee khususnya bagi Mahallah Umar al-Khattab dan Abu Bakar As-Siddiq!

Jujurnya pada awalnya agak segan untuk aku masuk, namun lama kelamaan rasa macam keluarga sendiri. Banyak sangat pengalaman berprogram bersama.

And oh, untuk pengetahuan adik-adik Abe Hafeez , MRC ni macam Pimpinan Asrama lah.

MRCC pula ialah gabungan antara 6 Mahallah, ia singkatan daripada Mahallah Representative Coordination Council.

Ok, ana akan tunjuk sedikit sebanyak gambar masa program tamrin kami, hehe



Antara pimpinan MRC UKC

Bored, dalam bas

Throwback program MRC-CBC (Mahallah Representative Committee-Character Building Camp) at Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur.
Alhamdulillah, walaupun penat dan sakit belakang, boleh juga berkenalan dengan sahabat-sahabat dari UIA Gambang dan Gombak.
Semoga terus istiqamah dan tsabat dalam perjuangan!
انفروا خفافا وثقالا !

MRCC UIA PJ, Gambang & Gombak
Brothers

MRCC UIA PJ, Gambang & Gombak 
Sisters


That's it for now! Wuhh, nampak tahun mendatang 2016 semakin mencabar.

Kepada adik-adik, jangan takut untuk menyertai mana-mana persatuan dan kelab di UIA. Macam-macam ada. Serious best!

Ramai je budak-budak yang masa sekolah dulu tidak aktif tapi bila masuk universiti, masyaALLAH habis benda join! Time ni lah nak kutip pengalaman . Tapi jangan lupa akademik dan study pula, hehe.

Apa-apa pun, nanti kalau masuk UIA joinlah MRC, jadi macam ana n_n

Kbai!

Saturday, 22 August 2015

Best Friends

Meet Irfan and Afiq.
Best friends since Form 4.



Bertemu di teratak 4 Sains Mekah, dan terus bersatu hingga ke Pusat Asasi UIA PJ, dan insyaAllah di UIA Gombak nanti seterusnya di Syurga menanti. Cenggitu. Aww.

Sunday, 16 August 2015

Darul Quran di Hati :')


Alhamdulillah. Usai majlis konvokesyen Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Tahniah to my brother ....

A little bit jealous, yes. For I once dreamt of tranquility and peacefulness of studying here.

But Allah know what's best for me. And now I can just keep dreaming my chances :')

Mabrook alaik Hakeem al -Hafiz

Nampak cantik gambar ni. Mungkin nur di darul quran ni kot.
 Suatu ketika dahulu, aku pernah mengidamkan bi'ah sebagaimana bi'ah di darul ilmi ini.
Ya, aku masih mengidamkannya. Bumi barakah yang penuh makna

Tapi al-maklum Allah telah menyusun strategi yang masih misteri bagiku.

Walaupun tidak dapat merasai hakikat ke'izzah'annya, cukuplah aku merasai auranya yang luar biasa. Mungkin bukan rezekiku tapi rezeki orang lain.

Tahniah to my beloved brother. Semoga istiqamah membawa al-furqan di dalam jiwa, minda dan amal. InsyaAllah :')

Hebat Darul Quran. Ana sentiasa mendoakan sahabat-sahabat yang berpeluang ke sana.

We got a Hafiz in our line now! Hopefully one day I'm able to be one as well..


Friday, 5 June 2015

Kem Khalifah Kecil 2.0 - Road to Ramadan

Siapa nak minta design banner boleh contact ana :)


Bismillahirrahmanirrahim ...

InsyaAllah bersempena dengan cuti sekolah kali ini kami -Dhiaulhaq Solution, akan mengadakan 1 program menarik untuk adik2 iaitu 'Kem Khalifah Kecil 2.0 - Road to Ramadan ' yang bakal diadakan pada:
Hari: Isnin - Rabu
(3 Hari 2 Malam)
Tarikh : 08-10 JUN 2015
Bil Peserta: 100 org shj.
Peserta : Lelaki & Perempuan
Umur : 9 - 13 tahun
Bayaran :
Hanya RM120 seorang
Seri Nipah Resort
Kg. Kuala Nipah
16300 Bachok
Kelantan Darul Naim
Antara aktiviti yang menarik di dalam program ini:
* Hafazan Juz 'Amma
* Teori & Praktikal Kesempurnaan Solat
*Indahnya Ramadhan
* Running Muslim
* Dan byk lagi!!
Untuk mendaftar boleh hubungi/whatsapp/sms:
-014 5158535 (hayati) @ 014 5087881 (hikmah) @ 014-2957269 (hafeez)
Sila tuliskan:
(1) Nama anak
(2) Umur
(3) No phone (ibu/bapa)
Jom daftar SEKARANG!!
Thank you