Tapi tolonglah . Tolonglah jangan umpatkan aku, Tolonglah tegur aku dengan baik. Kadang diri ini sedih kerana diperkatakan dari belakang.
Stress. Ya Allah.
Masalah dengan sahabat. Masalah dengan keluarga. Masalah dengan pelajaran. Masalah dengan kepimpinan. Masalah dengan sekolah. Masalah dengan adik-adik.
Masalah dalam berikhtilat.
Aku rasa terbeban kadang-kadang. Entahlah. Adik-adik pun tidak mampu menenangkan aku.
Sedih. Nak menangis rasa. Allah..
Tapi bila fikir balik, apakah hikmah di sebalik segalanya?
Apakah Allah nak uji iman dan keikhlasanku?
Bila baca buku, baca novel. Dengar kisah-kisah perjuangan. Ya, bukan mudah, Tapi kenapa aku tetap rasa aku yang paling mempunyai masalah?
(La Yukallifullahu Nafsan Illa Wus'aha)
‘‘...ALLAH tidak akan membebani seseorang (hamba-NYA) melainkan sesuai dengan kemampuannya...’’ (QS. Al-Baqarah: 286)
Allah. Kena tadabbur balik ayat ini. Hmm