MUQADDIMAH
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah
dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah pada jalannya
supaya kamu mendapat keuntungan” (Surah Al-Maidah ayat 35)
Dalam ayat diatas Allah memerintahkan manusia mencari
segala jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berusaha mendapatkan
keredhaanNya. Atas dasar memenuhi tuntutan inilah kefahaman tarbiyyah
ditegakkan. Tarbiyyah merupakan segala usaha yang dilakukan kea rah pengabdian
diri sepenuhnya kepada Allah. Justeru, ia melibatkan segala usaha melibatkan
pendidikan, pengalaman, penglibatan dalam perjuangan Islam. Kesan persekitaran
dan faktor lain yang boleh mentaqarrubkan diri kita kepada Allah.
Allah telah menggariskan dasar-dasar pentarbiyyahan serta
uslubnya yang pelbagai dalam Al-Quran. Rasulullah pula telah melaksanakan
dasar-dasar pentarbiyyahan ini dengan begitu berkesan. Dari pentarbiyyahan
tersebut baginda telah berjaya melahirkan generasi yang benar-benar menghayati
Islam serta sanggup memberikan seluruh kehidupan mereka untuk perjuangan Islam.
MATLAMAT TARBIYYAH ISLAMIYYAH
A. MATLAMAT KHUSUS
1. Melahirkan umat muttaqin yang mempunyai ta’alluq
billah yang kuat
Ini bermaksud Tarbiyyah islamiyyah bertujuan melahirkan
satu generasi para duat yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas
perjuangan Islam. Taaluq billah bermaksud tarbiyyah Islamiyyah bermatlamat
melahirkan para mukmin yang hidup dan matinya, ibadah dan pengorbanannya untuk
Allah.
2. Melahirkan insan muttaqin yang menyerahkan diri
sepenuhnya kepada Allah
Tarbiyyah Islamiyyah adalah program melahirkan insane
muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka adalah golongan
manusia yang benar-benar cintakan Allah dan berlumba mendapatkan keampunan dan
syurgaNya. Mereka juga benci dan takut dilemparkan oleh Allah ke neraka
jahannam.
3. Melahirkan para mukmin yang menghayati perjuangan
Mukmin yang menghayati perjuangan ialah orang-orang yang
perasaan, percakapan dan tindakan mereka telah dikuasai oleh kesungguhan
terhadap perjuangan. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesunguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang
yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu untuk
berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah
orang-orang yang benar” (Surah Al—Hujurat : 15)
B. MATLAMAT UMUM
1. Beribadah kepada Allah swt yang Esa mengikut syariat
yang diwujudkan oleh Allah swt seperti mana firmanNya yang bermaksud:
“Dan ingatlah tidak Aku menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu” (Surah Az Zariyat : 56)
2. Menjadi khalifah Allah swt di atas muka bumi. Firman
Allah swt yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuahnmu berfirman kepada malaikat:
“sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang kahlifah di bumi” (Al-Baqarah : 30)
Ekoran daripada itu, maka penciptaan manusia oleh Allah
bertanggungjawab memakmurkan bumi ini dengan segala perancangan dan
poembangunan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt.
1. Berkenal-kenalan dan berbaik-baik dikalangan manusia.
Allah swt berfirman:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami teloah menjadikan kamu berbagai bangsa
dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang
yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al- Hujurat :13)
Oleh kerana itu, manusia hendaklah berkasih-sayang sesama
mereka, bantu membantu antara satu samal lain dan seterusnya ingat-mengingati
serta pesan-memesan sesama mereka dalam perkara kebaikan.
2. Memimpin dan memerintah dunia ini.
Firman Allah swt:
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal
soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka
khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi; sebagaimana Ia
telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang
berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengambangkan agama mereka (agama Islam)
yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka
keamanan setelah mereka menggantikan ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka
terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain
denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka
itulah orang-orang yang derhaka”. (Surah AnNur: 55)
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah swt
menjanjikan golongan beriman dan beramal soleh dari kalangan manusia akan
dikurniakan kuasa pemerintahan di atas muka bumi ini. Pada waktu itu manusia
dapat menjalankan urusan harian dan berbakti kepada Allah swt dalam suasana
yang aman.
3. Menjalankan syariat Allah swt di bumi ini.
Matlamat dan tujuan seterusnya manusia dijadikan oleh
Allah swt ialah untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini. Ini merupakan
matlamat yang sangat besar dan masyhur. Ia merupakan intisari kepada segala
matlamat yang lain. Banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang menerangkan kepada kita
tentang perkara ini. Antaranya ialah firman Allah swt:
“Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan
utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum
agama; maka turutlah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu
orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)” (Surah Al Jathiyyah :
18)
C) MATLAMAT TARBIYYAH DARI SUDUT KEAHLIAN DAN KEANGGOTAAN
Matlamat tarbiyyah Islamiyyah dari sudut keanggotaan dan
keahlian adalah untuk melahirkan:
1) para anggota yang memahami atau bersedia untuk
memahami Islam dan perjuangannya sebagaimana yang digariskan di bawah:
a) Hendaklah ia memahami bahawa Islam itu ialah agama
yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia samaada aqidah dan
syariah ataupun agama dan negara. Oleh kerana itu, ia mestilah bersedia untuk
membetulkan aqidahnya, ibadahnya dan lain-lain selari dengan kehendak
al-Qur’an, al-sunnah, ijma’ dan qias.
b) Ia mestilah memahami bahawa al-Qur’an, al-Sunnah,
Ijma’ dan Qias itu merupakan rujukan utama umat Islam. Pendapat sesiapa juapun
yang berlawanan dengan sumber-sumber tersebut tidak boleh dihormati dan
dipatuhi malah tidak perlu dipertimbangkan langsung.
c) Manakala pendapat para pemimpin yang tidak berlawanan
dengan sumber-sumber tersebut hendaklah dihormati.
d) Perselisihan pendapat dalam perkara furu’ adalah
perkara kecil dan tidak perlu dielakkan. Oleh itu setiap muslim yang belum
mencapai martabat ijtihad hendaklah menerima dan memakai mana-mana pendapat
alim ulamak yang muktabar dan janganlah menjadikannya sebagai punca perpecahan
di kalangan anggota.
e) Setiap anggota mestilah faham bahawa dia tidak boleh
mengkafirkan seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah selama mana dia
beramal dengan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadah tersebut dan selama
mana dia tidak mengeluarkan kata-kata yang menjadikan seseorang itu keluar dari
Islam.
2) setiap anggota hendaklah jujur dan ikhlas dalam
perjuangan dan semata-mata kerana Allah. Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah:”sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan
matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam” (Surah Al-An’am: 162)
3) Setiap anggota hendaklah bekerja dengan gigih untuk
menjayakan matlamat perjuangannya. Allah swt berfirman:
“Dan katakanlah (wahai Muhammad); beramallah kamu (akan
segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang
beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada
(Allah) yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia
menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (Surah At-Taubah : 105)
Setiap anggota perlulah menunaikan tanggungjawab
masing-masing. Terdapat beberapa peringkat Tarbiyyah:
1). Peringkat awal hendaklah dia membetulkan dirinya
supaya menjadi insan yang soleh, badan yang sihat lagi kuat, cara berfikiran
baik, pekerti mulia, aqidahnya betul, ibadahnya sah, pandai menjaga masa,
bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat.
2). Peringkat kedua ialah membentuk keluarga
(rumahtangga) secara muslim (baitul Muslim). Bagi yang belum berkeluarga
hendaklah memilih pasangan yang soleh seyterusnya mendidik anak secara Islam.
3). Peringkat ketiga adalahmemperbaiki masyarakat supaya
menjadi sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya sebuah ajaran Islam yang
dipandu dan dipimpin oleh sebuah kerajaan Islam.
4) Setiap anggota hendaklah mengetahui bahawa mereka
dikehendaki berjihad. Dia mestilah mengetahui bahawa berjihad adalah suatu
fardhu yang diwajibkan secara berterusan sampai hari kiamat. Ketahuilah bahawa
serendah-rendah martabat jihad ialah ingkar dengan hati, setinggi-tingginya
ialah berperang pada jalan Allah dan ditengahnya ialah engkar dengan lisan dan
dengan kata-kata.
5) Setiap anggota hendaklah memahami bahawa dia mestilah
bersedia untuk berkorban jiwa dan harta demi untuk agama Allah swt yang
tercinta ini. Allah swt berfirman:
“Sesungguhnya Allah swt telah membeli dari orang-orang
yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan
beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah. Lalu diantara
mereka ada yang membunuh dan ada ayang terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian
ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam kitab
Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan
janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu
jalankan jual belinya itu, dan (ketahuilah bahawa)jual beli (yang seperti itu)
ialah kemenangan yang besar” (Surah At-Taubah : 111)
6) Setiap anggota hendaklah taat dan patuh kepada arahan
pucuk pimpinan dan melaksanakannya samaada sewaktu senang atau susah, sama ada
dia bersetuju atau sebaliknya. Ketahuilah bahawa perjuangan itu melalui 3
peringkat iaitu ta’rif, takwin dan tanfiz
7) Setiap anggota hendaklah tetap pendirian. Dia mestilah
terus berjuang walaupun memakan masa yang panjang. Allah swt merakamkan ayat di
dalam firmanNya:
“Diantara orang-orang yang beriman itu, ada yang menepati
apa yang mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur
(syahid), dan di antaranya ada yang masih menungu-nunggu, dan mereka tidak
sedikitpun berubah janjinya” (Surah Al Ahzab: 23)
8) Setiap anggota hendaklah membersihkan fahaman
pemikiran dari segala unsur yang tidak Islam. Ingatlah tidak ada yang lebih
baik selain dari Islam yang diperjuangkan itu. Islam adalah ciptaan Allah yang
tidak ada setanding dengannya.
9) Setiap ahli jamaah mestilah merasakan bahawa
anggota-anggota yang lain itu adalah saudaranya, saudara seaqidah yang hubungannya
lebih kuat dari saudara keturunannya (menjaga ukhwah).
10) Setiap anggota hendaklah memberi kepercayaan (thiqah)
yang tidak berbelah bahagi antara satu sama lain terutamanya terhadap pimpinan.
D) PRINSIP TARBIYYAH ISLAMIYYAH
1. Tarbiyyah Islamiyyah adalah perkara wajib kerana ia
merupakan agenda terpenting Rasulullah saw dan kerja utama Rasulullah saw dan
juga nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu.
2. Tarbiyyah Islamiyyah perlulah berlandaskan kepada
keikhlaan kepada Allah swt, iaitu mengajar dan mempelajari ilmu pengetahuan
kerana Allah swt semata-mata, bukan kerana material atau kerana matlamat lain
yang bukan mencari keredhaan Allah swt.
3. Tarbiyyah Islamiyyah itu tidak terikat dengan masa dan
umur. Ia dilakukan secara terus menerus bermula daripada kandungan yang baru
dilahirkan sampailah kepada berpindah kea lam kubur. Tidak ada seorang pun yang
boleh mendakwa dirinya sudah sempurna, paling alim dan bijak. Ini kerana ilmu
yang Allah swt bekalkan kepada manusia adalah sangat terhad dan sedikit Cuma
berbanding dengan ilmu Allah swt yang tidak bertepi.
4. Tarbiyyah Islamiyyah berjalan di atas prinsip al
takamul (lengkap melengkapi) anatar ilmu dengan iman. Iman mengajak manusia
mencari ilmu, manakala ilmu pula mengajak manusia beriman. Firman Allah swt
yang bermaksud:
“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar
perintah) Allah dari kalangan hamba- hambanya hanyalah orang-orang yang
berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha pengampun” (Surah Al Fathiir
: 28)
5. Tarbiyyah Islamiyyah itu mengajak supaya bersikap
tidak terus menerima apa sahaja yang dipusakai daripaa generasi yang lalu
melainkan sudah dibuat kajian yang teliti dan dipastikan bahawa ia benar.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka
melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: “kami dapati datuk nenek
kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya.” Katakanlah
(wahai Muhammad) “Seungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan
perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak
kamu mengetahuinya?” Al-A’raf : ayat 28)
E) ELEMEN PENTING TARBIYYAH ISLAMIYYAH
1. Tauhidullah (mengesakan Allah)
Ini mendorong
tindakan bersifat tajarrud iaitu bersih dari sebarang ideoogi dan pengaruh
mana-mana pihak. Ia juga berupaya menentukan unsure-unsur jahiliyyah dan
menegakkan Islam atas keruntuhannya.
2. Nubuwwah (berlandasakan apa yang dibawa oleh para
Nabi)
Ia membezakannya
dengan tarbiyyah Jahiliyyah yang berdasarkan aqal semata-mata.
3. Al-Hasyr wal Jaza’ (hari manusia dikumpulkan dan
diberi pembalasan)
Tarbiyyah
Islamiyyah tidak meletakkan dunia sebagai matlamat akhir tetapi ia tidak
memutuskan rantaian dunia dan akhirat.
F) RUANG LINGKUP TARBIYYAH
1. Tarbiyyah Aqliyyah
Mendidik dan mengajar ahli memimpin akal untuk berfikir,
memberi pandangan dan tafaqquh dalam ilmu serta boleh merancang berlandaskan
sumber-sumber utama.
Tuntutan kepada ahli:
a) melatih akal supaya boleh berfikir dan merancang untuk
keperluan gerakan
b) menghindarkan diri dari budaya taqlid daripada orang
lain atau orang terdahulu.
c) Mendidik akal mengkaji sumber-sumber syariah dan
melatih diri mengaplikasikannya berdasarkan keperluan dan kesesuaian semasa.
d) Berlatih mendengar dan meraikan pandangan ahli,
mempertimbangkan pandangan tersebut barlandaskan asas Islam.
e) Sentiasa menjadikan sumber asas Islam sebagai makanan
akal.
f) Berlatih untuk mengembangkan pemikiran (pemikiran
terbuka).
2. Tarbiyyah Khuluqiyyah (tingkah laku)
Akhlak itu meliputi seluruh sudut kehidupan. Ia meliputi
kawalan nafsu, benar dalam percakapan, ihsan dalam amalan, amanah dalam
muamalat, berani dalam memberi pandangan, adil dalam menghukum, berazam untuk
kebaikan dan sebagainya. Terdapat beberapa elemen penting dalam Tarbiyyah
Khuluqiyyah yang harus diaplikasi oleh setiap ahli:
• Sabar
– sabar dengan apa jua keadaan walaupun dalam keadaan susah, senang, suka,
sedih dan sebagainya
• Thabat
(tetap pendirian) – istiqomah dan iltizam dengan perjuangan. Perlu menjadikan
Rasulullah saw sebagai qudwah hasanah.
• Amal
(berwawasan) – mempunyai azam untuk menaikkan Islam dan memberi pengharapan
terhadap kejayaannya, tidak berputus asa dalam perjuangan Islam.
• Mencurahkan
tenaga – gigih dan berusaha dalam menggerakkan jamaah. Tidak kedekut dalam
menyumbangkan masa, tenaga, harta, kebahagiaan keluarga hatta diri sendiri
untuk jamaah
3. Tarbiyyah Jihadiyyah (Jihad)
Tarbiyyah Jihad merangkumi iman, akhlak, ruh, usaha
bersama kawalan dan latihan dan tindakan. Menanam ruh jihad termasuklah jihad
nafsu, harta, jiwa dan masa. Oleh itu tarbiyyah jihad mencakupi:
• Kefahaman
• Akhlak
• Iman
• Persediaan
ruh
• Persediaan
mental
• Persediaan
jasad
• Persediaan
keperluan (instrument)
4. Tarbiyyah Ijtimai’e
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah
kamu, sembahlah tuhan kamu dan berbuatlah kebaikan supaya kamu beruntung. Dan
berjuanglah (di jalan Allah) dengan perjuangan yang sebenarnya” (Surah Al Hajj
: 77-78)
Perkara yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli jamaah
adalah:
• Sebagai
pengubah masyarakat
• Membuat
pemusatan untuk memberi khidmat dalam apa jua keadaan sekalipun, sama ada memberikan
ta’lim, latihan dan rawatan dalam penjagaan masyarakat kepada penunjuk agama.
• Memberikan
komitmen yang penuh kepada gerakan Islam dalam menjalani kerja-kerja dakwah dan
mahir dalam merancang strategi dakwah.
5. Tarbiyyah Fizikal
Tarbiyyah ini membawa matlamat:
• Kesihatan
fizikal dan menyelamatkannya dari penyakit
• Kekuatan
anggota fizikal dan boleh berfungsi bila-bila masa
• Menjana
kekuatan fizikal dengan mempelbagaikan medan perjuangan
6. Tarbiyyah Siyasah
Tarbiyyah siasah memberi perhatian kepada pembentukan
bangsa daripada pengabdian diri kepada ideologi kepada ketaatan kepada Allah
swt. Ia menitikberatkan perkara hukum, peraturan daulah, hubungan kerajaan
dengan musuh, kaitan antara muslim dan non-muslim dan seumpamanya. Justeru
gabungan antara tarbiyyah siyasah dan tarbiyyah agama perlu dibina agar tidak
berlaku pemisahan. Maka harus ke atas ahli untuk:
• Kuatkan
kesedaran dan sensitiviti dalam membebaskan bumi Islam daripada kuasa kafir dan
munafik
• Mengumpulkan
sebanyak mungkin kemahiran dan skil pembinaan siasah Islamiyyah
• Menjalin
hubungan baik dengan pemerintah serta non-muslim yang lain menampilkan asas
agama secara praktikal
•
Merancang tindakan dan aktiviti selaras dengan kehendak syariat
•
Memberikan pengisian ringkas tentang kesyumulan Islam dalam program siasah.
G) TARBIYYAH DALAM HARAKAH ISLAMIYYAH
Harakah Islamiyyah perlu menekankan aspek Tarbiyyah
kerana tarbiyyah merupakan asas paling utama dan tulang belakang bagi sesebuah
harakah Islamiyyah. Sesebuah harakah Islamiyyah seharusnya mewujudkan
unsur-usnur yang mampu melahirkan ahli jamaah yang mempunyai sifat-sifat
berikut:
• Berkebolehan
memimpin, membimbing dan mentarbiyyah ummah.
• Berkemampuan
untuk menyampaikan dan mempertahankan fikrah Islam yang didokong oleh Harakah
Islamiyyah
• Kritikal
dan tidak menjadi pengikut semata-mata
• Mempunyai
pandangan yang mendalam terhadap waqi’
• Berpandangan
jauh.
• Menghayati
tuntutan amal jamaie
H) UNSUR-UNSUR HARAKAH ISLAMIYYAH
Manhaj Tarbiyyah merupakan perencanaan yang digunakan
sesuatu harakah untuk dalam proses pentarbiyyahan ahlinya. Manhaj itu perlu
merangkumi unsur-unsur berikut:
1. Marhalah tarbiyyah
Rasulullah saw melakukan pentarbiyyahan berperingkat
terhadap sahabat disebabkan perbezaan kemampuan dan tabiat mereka. Hassan al
Banna sebagai pembawa tajdid dalam gerakan Islam menggariskan tiga marhalah
Tarbiyyah:
a) Marhalah ta’rif: satu tahap pembersihan aqidah
b) Marhalah takwin : proses pembentukan rijal ad-dakwah
c) Marhalah Tanfiz : memastikan ahli yang ditarbiyyah
berkualiti dari sudut praktikalnya.
2. Tarbiyyah melalui murabbi
Peranan murabbi perlu untuk membimbing dan memerhatikan
peningkatan ilmu dan kefahaman, pembentukan syakhsiyyah serta penerusan amal
yang diredhai Allah.
3. Tadrij
Kaedah ini perlu dilaksanakan dalam Tarbiyyah. Kemampuan
menentukan tahap penekanan tarbiyyah ahli harakah perlu dimiliki oleh murabbi
berdasarkan kawalan di setiap marhalah. Tidak semua ahli disamakan pengisian
tarbiyyah sebaliknya berdasarkan pencapaian mereka pada setiap marhalah.
4. Tawazun
Keseimbangan tarbiyyah antara jasadiyyah dengan ruhiyyah
amat perlu untuk mengelakkan terjadinya ahli yang terlalu memberi tumpuan
kepada aspek tertentu sahaja.
I) MATLAMAT TARBIYYAH DARI SUDUT JAMAAH (HARAKAH)
Tujuan tarbiyyah dari sudut jamaah antara lain bolehlah
disimpulkan kepada perkara-perkara berikut:
1) Membekalkan jamaah dengan faktor kemanusiaan yang
mempunyai kelayakan di bidang-bidang berikut:
• Bidang
dakwah dan penerangan
• Bidang
amal dan harakah
• Bidang
pengurusan dan pentadbiran
• Bidang
kerja politik
• Bidang
sosial dan kemsyarakatan
• Bidang
kerja ekonomi
• Bidang
akademik
• Bidang
pendidikan dan pembinaan
• Bidang
sukan
2) Membekalkan jamaah dengan tenaga kepimpinan yang baik,
yang sudah dilatih dengan matang agar tenaga-tenaga itu dapat ditempatkan pada
tempat-tempat yang diperlukan antara lain:
• Kepimpinan
di bidang kerja fardi dan jamaie
• Kepimpinan
di bidang kerja sosial
• Kepimpinan
di bidang kerja politik, ekonomi, pengurusan, pentadbiran, pendidikan dan
lain-lain.
• Membekalkan
jamaah dengan faktor-faktor kemanusiaan yang mampu menangani urusan yang
berkaitan dengan jamaah-jamaah yang bersimpati dengan harakah atau
jamaah-jamaah yang bermusuh dengannya.
• Membekalkan
jamaah dengan faktor-faktor kemanusiaan yang mampu memanjangkan fitrah jamaah
kepada generasi-generasi yang akan datang.
KESIMPULAN
Kelemahan tarbiyyah menyebabkan kelemahan ummah. Sebuah
harakah yang lemah menggambarkan kekuatan tarbiyyahnya. Oleh kerana itu
Tarbiyyah perlu menjadi makanan utama penggerak harakah Islamiyyah, dihadamkan
dan diberikan secara sepenuhnya. Akibat dari kelesuan tarbiyyah atau gerakan
tarbiyyah yang tidak mendasar secaramenyeluruh akan menjadikan
pendokong-pendokong atau penggerak-penggerak jamaah menjadi buntu, hilang
punca, lari dari jamaah dan timbullah penyakit-penyakit yang mewabak yang
merosakkan jamaah seperti dengki, khianat, futur, riya’, cintakan pangkat,
kemegahan, darjat dan sebagainya.
RUJUKAN:
4. Kertas Kerja tasawwur tarbiyyah Islamiyyah (UM)
5. Manhaj Daurah Tadribiyyah