Welcome

Monday, 8 December 2014

Muktamar Sanawi BALKIS 2014

Sekiranya perjuangan ini mudah, sudah tentu suburlah bumi ini dengan tarbiah. Tapi perjalanan ini dilingkari dengan mehnah dan tribulasi . Haruslah kita menyusuri onak duri untuk mencapai matlamat kemenangan hakiki.

Alhamdulillah..berjaya diadakan  Liqo' Perdana Jilul Haraki (@ Muktamar Sanawi BALKIS) yg dianjurkan oleh Badan Latihan & Kepemimpinan Islam. Tahniah & takziah kepada saff pimpinan baru n lama serta semua ahli penggerak...semoga terus kekal tsabat n istiqamah dalam perjuangan dakwah n tarbiah sama ada di dalam medan tamrin bumi maahadi @ di luar sana, insyaAllah


Bersama sahabat pimpinan sesi 13/14 dan ditaklifkan pula untuk sesi 14/15
Dari kiri : Adnin, Hafeez, Amal

Adik-adik pencatat minit

Sepanjang berada dalam pengemudian BALKIS, aku nampak dua perkara yang harus dititikberatkan antara pimpinan iaitu UKHUWAH dan TSIQAH.

Mungkin bukan senang untuk dipupuk, tapi untuk masa mendatang hendaklah perlahan-lahan dibina.

Exco Lajnah Perhubungan Luar & Kemasyarakat menyampaikan laporan lajnah ^_^  

Apabila dikaji dan diteliti, ana cuba buat RnD dan bandingkan serta berbincang dengan sekolah-sekolah lain yang masyhur, ana dapati bahawa teramat banyak sangat perkara yang boleh dimanfaatkan melalui lajnah ana ini. Cumanya ramai yang tidak nampak.

Sahabat-sahabat seperjuangan



Pimpinan Bersidang

 "Islah Qiadi, Kualitikan Jundi"
Pengerusi Tetap, saudara Nasruirham (Abe yo)


“Perjuangan itu ibarat ranjau bertatah duri-duri yang mencengkam leluhur daging. Ditarik ia sakit, ditolak jadi nanah. Tapi bagi seorang pejuang, kesakitan itu ibarat tiupan lembut angin dari jannah dan tegukan air, penyejuk tekak di padang pasir, biar terbuang terus berjuang. Sekiranya sistem ini baik maka terus perkukuhkannya, dan seandainya lemah, maka perbaikilah."


Tawsiyyah terakhir daripada Presiden Balkis sesi 13/14 kepada adik-adik pimpinan baru yang akan naik

Alhamdulillah, selesai jua Muktamar. Tanpa disangka pada tahun mendatang 2015 atau untuk sesi kepimpinan 2014/2015, aku masih akan mejawat jawatan sebagai Exco Lajnah Perhubungan Luar dan Kemasyarakatan BALKIS.

Allahu. InsyaAllah, aku akan bawa BALKIS ke arah lebih baik pada kali ini!

No comments:

Post a Comment