Beliaulah yang banyak membantu menyemarakkan api hemmah aku untuk terus berada di medan penulisan dan tarbiah. Allahu.
![]() |
Gambar terakhir kakyong, kakngah dan kakcik bersama Mama - Raya 2012 |
Hari Selasa,2/10/2012..pukul 7:45 pagi
Perginya seorang Insan Solehah,dijemput Allah Yg
Menghidupkan dan Mematikan.
Seorang wanita yg wajar dikagumi, benar, secekal
namanya,Siti Hajar.
Tabahnya diiringi sifat penyayangnya melengkapkan
keindahan sorg wanita.
Senyum x pernah lekang dari bibirnya.Anak2,saudara- mara
sentiasa diraikan.
Dialah "MAMA",wanita yg paling memahami jiwa
org di sekelilingnya.
Remaja sepertiku mengagumi beliau kerana sifatnya yg
memahami.
Hiangnya tiada ganti, namun,
legasinya diteruskan,zuriat soleh solehah yg ramai
menjadi sahamnya, penyalur Pahala yg tidak putus-putus.
Selamat Jalan MaMA, semoga Allah Merahmatimu.
Insya-Allah hatimu bahagia, kerana pemergian mu ditemani
oleh anak2,menantu2 siang dan malam..Tanpa penat dan jemu,kasih yg mendalam.
Salam dari Ku dan keluargaku kepada ibu saudara yg sangat
berjasa,sngt dicintai.
Al-Fatihah
- Hakeem Zainal Abidin, 6 Oct 2012
No comments:
Post a Comment